Thursday, April 30, 2015

Mahathir Rupanya Setaraf Rani Kulop


Dari segi merapu, Mahathir kini setaraf dengan Abd Rani Kulop, Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) yang bukan sahaja terkenal dengan 'raja' laporan polis, tapi juga dengan entah apa yang ditulis dalam fan pagenya yang kini melebihi 60 ribu likers.

Sama seperti Mahathir, sokongan Rani Kulop terhadap UMNO juga tidak dapat dipastikan dengan tepat.  Nak kata dia sokong UMNO, dia troll UMNO banyak dalam fan pagenya, nak kata dia sokong Pakatan, dalam banyak kejadian, nampak dia tidak pro kepada Pakatan, terutama Anwar Ibrahim.

Politik yang penulis tahu (belajar dari Mahathir juga dulu) mana ada  banyak pilihan, 2 saja, sokong atau tidak.  

Kelompok atas pagar bukan sebahagian dari politik kerana mereka tidak berpihak.  Kedua-dua orang ini, Mahathir dan Rani Kulop selamat untuk dikatakan SETARAF dari sudut itu, sokong UMNO tapi lagak di media sosial macam nak tengok UMNO kalah dalam PRU14.
Mahathir dengan blognya, Rani Kulop dengan fan pagenya.

Rani Kulop juga mahu pengikutnya memanggilnya sebagai Ayah, sama seperti Mahathir yang mahu pengikutnya menggelarkan dirinya sebagai Ayahanda

Justeru dari banyak sudut, setaraflah sudah 2 orang tu.

Kurang-kurang Rani Kulop ini bukan sesiapa sedangkan Mahathir adalah bekas Perdana Menteri yang dianggap seperti dewa oleh sebahagian besar pengikut tegarnya tapi malangnya dalam banyak hal, mereka berdua sudah sama taraf.

Jadi hebat macam manakah Mahathir ini seperti yang dikatakan orang bila dalam banyak hal dia dah setaraf dengan Rani Kulop?  Sendiri timbanglah sama ada nak percaya atau tidak dengan orang tua ini lagi.

No comments:

Post a Comment