Wednesday, April 22, 2015

Nur Jazlan, Jebat Atau Musibat?


Membaca tulisan Ahli Parlimen Pulai merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Datuk NurJazlan Rahmat disini membuatkan penulis terfikir dengan cara apakah syarikat 1MDB nak mendapat keadilan bila belum pun terima laporan audit, keputusan bersalah telah dibuat Pengerusi PAC ini?

Sudah tentu kalau ditanya Nur Jazlan esok atau lusa, dia akan kuntau sana sini agar tidak nampak dia begitu (berat sebelah), apatah lagi artikel itu sendiri berselirat, cuba menjustifikasikan tulisan itu hanya pandangan peribadi - tak kena mengena dengan jawatan di PAC. 

Tapi kita semua tahulah apa yang dia cuba sampaikan, apa dia cuba capai dalam keadaan sekarang - pada waktu dan ketika Perdana Menteri sedang berdepan 'kenyanyukan' Mahathir dengan soalan-soalannya.

Dari dulu pun kita dah nampak Nur Jazlan ini bermasalah.  Ada saja dimatanya yang tidak kena, mungkin dia mahu jawatan Menteri tapi dapat Pengerusi PAC - jawatan yang dikirakan kodi untuk anak bekas Menteri sepertinya.

Tapi memang dia ni tak berkemampuan, harap pada keturunan saja.  Semasa dilantik menjadi Pengerusi UDA, khabarnya begitu banyak aset strategik syarikat tersebut terlepas ke tangan bukan bumiputera sedangkan UDA ditubuh untuk membantu golongan tersebut (antara lain).

Mungkin sampai masa Datuk Seri Najib menunjuk kepada Nur Jazlan siapa ketua.  Yang terang, dia sebagai Pengerusi PAC tidak boleh diharap untuk memberi ulasan adil kepada 1MDB - berdasarkan tulisannya dalam artikel tersebut. 

Singkir dan ganti dengan orang lain adalah jalan terbaik, letak salah seorang dari wakil pembangkang pun tak mengapa sebab sekurang-kurangnya kita tahu pembangkang ini  tidak akan berlaku adil kepada kerajaan.

No comments:

Post a Comment