Tuesday, April 28, 2015

Mahathir Ibarat Meludah Ke Langit



 1.Program bicara negara Tun Mahathir pada mula disangkakan satu program untuk memperjuangkan kepentingan negara seperti mana yang dilaungkan beliau sejak awal tahum ini. Kita semua menyangka Tun Mahathir akan memperkatakan tentang dasar pentadbiran PM Najib Razak lebih jelas dengan pembuktian yang lebih kukuh susulan daripada beberapa dakwaan di dalam artikel di blog beliau.

Di antaranya pembuktian berkaitan RM 27 billion yang dikatakan lesap entah kemana setelah beliau membuat perkiraan sendiri bagaimana RM 42 billion yang dipinjam 1MDB digunakan.




2. Malangnya di dalam program bicara negara itu, tidak banyak pembuktian yang lebih kukuh dipertunjukan. Segala dakwaan adalah dakwaan berulang sahaja. Cuma kali ini jumlah yang dikatakan lesap itu telah menyusut daripada RM 42 billion kepada RM 27 billion.

 Apa yang banyak diperkatakan ialah tentang budi yang beliau telah lakukan seperti Almarhum Tun Razak dan budi yang telah beliau balas kepada Tun Razak. Tun Mahathir juga memperkatakan dengan sinis tentang hal ehwal peribadi PM Najib dan keluarganya dengan nada sinis yang agak menghina.


3. Seperti biasa tektik Tun Mahathir dengan cara sarcasm nya membuat sinis tentang penglibatan pembunuhan yang bertujuan mencipta persepsi bahawa subjek yg diperkatakan itu terlibat dgn 1 pembunuhan.

Beliau juga mempersoalkan tentang harga tanah kerajaan.yang dijual kepada 1MDB dibawah harga pasaran dan menggambarkan seolah-olah kerajaan telah rugi besar.

Kita semua tahu 1MDB ialah milik kerajaan sepenuhnya dan tanah kerajaan yang dijual kepada 1MDB yang juga merupakan sebuah syarikat milik penuh kerajaan akan dibangunkan untuk projek bandar Malaysia. Projek tersebut bakal menjana pendapatan lebih RM 30 billion dan domino ekonomi dan aktivit ekonomi yang bernilai RM 10 billion setahun setelah dibangunkan.

Tanah-tanah itu tidak dijual kepada mana-mana pihak dan tanah-tanah itu menjadi aset 1MDB yang akan dibangunkan dalam waktu tertentu, sesuai dengan perancangan pelaburan model perniagaan 1MDB yang telah direncanakan.


4. Amat dikesalkan apabila seorang tokoh negara yang dihormati tidak sabar menunggu laporan jawatankuasa audit awam atau PAC yang juga dianggotai oleh pihak pembangkang yang sedang mengkaji kes 1MDB ini.

Kita juga kesal dengan keterdesakan yang agak luar batasan ditujukkan oleh Tun Mahathir sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sinis dan penghinaan yang menjurus kepada perkara berkaitan peribadi PM Najib.

Anehnya, dalam kes surat Wan Azizah kepada Tun Mahathir, beliau menegaskan bahawa apa yang perlu diketahui tentang Anwar telah diketahui rakyat dan tidak perlu di dedahkan lagi bagi menjaga aib orang. Tetapi di dalam kes PM Najib, beliau tidak pula berpendirian seperti mana dalam isu surat rahsia itu.

Amat jelas disini, pendirian Tun Mahathir tidak konsisten dan beliau dengan nyata bersikap amat selektif dalam membuat teguran.


5. Jika diukur daripada cara dan perkara yang dikatakan itu, Tun Mahathir tidak lagi bercakap atas dasar perjuangan untuk kepentingan negara. Tetapi ia amat jelas menggambarkan kebencian dan kemarahan beliau yang terarah kepada dendam peribadi.

Kita akur dengan kelemahan PM Najib tetapi kita tidak dapat bersetuju untuk menghalalkan dan menyokong cara yang digunakan seorang tokoh negara yang amat kita hormati dan sanjungi.

Kita harus menolak perbuatan menghina tahap melampau keatas Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri Malaysia dengan cara yang tidak sesuai dan tidak sihat ini.

No comments:

Post a Comment