Friday, May 26, 2017

Proton: Air Mata Mahathir Jangan Percayalah


Proton ialah sebuah syarikat swasta yang tidak lagi ada kena mengena dengan kerajaan.  Mahathir pulak adalah bekas Pengerusi Proton yang meletak jawatan dari syarikat tersebut secara rela hati, tak siapa paksa - macamlah sesiapa boleh memaksa Mahathir.

Justeru orang hairan kenapa Mahathir menangis bila berita saham Proton dimiliki oleh Geely dari China bila Proton masih mempunyai kawalan ke atas syarikat tersebut?  Dari apa segi Mahathir sudah tidak ada kena mengena dengan Proton lagi.  Sebelum dijual pada 2012 kepada pihak swasta, Mahathir terlebih dahulu menjual Proton kepada DRB yang dulu dikuasai Allahyarham Tan Sri Yahya Ahmad.

Drama air mata macam ini sebenarnya bukan baru dalam politik negara kita.  Kit Siang dah dulu buat bila konon DAP tak boleh guna lambang sendiri dalam PRU13 dan terpaksa guna lambang PAS kerana konon nak diharamkan RoS.  Sampai sekarang apa pun takde, operasi masih macam biasa.

Wednesday, May 24, 2017

Mahathir Akan Tinggal Pakatan Kalau Muhyiddin (Dan Mukhriz) Tak Jadi PM



Semuanya sudah jelas bahawa Pakatan hanya akan mencalonkan Anwar sebagai Perdana Menteri.  Sekalipun Anwar dalam penjara, bagaimana proses itu akan dilakukan pun sudah ditentukan oleh mereka.

Jika mendapatkan pengampunan diraja memakan masa, Pakatan telah menetapkan Wan Azizah sebagai Perdana Menteri sementara - mana mana satu pun, impian Mahathir untuk melihat Muhyiddin dan Mukhriz selepas itu menjadi PM, tidak akan menjadi kenyataan.

Sebab itu ramai percaya Mahathir (atas sebab diatas) akan tinggalkan Pakatan,  bukan sahaja itu, dia juga akan berbuat sesuatu agar Pakatan ini kalah, seterusnya tidak boleh menamakan Anwar mahupun Wan Azizah sebagai Perdana Menteri.

Monday, May 22, 2017

Mahathir Sedang Dikenakan PKR, Dia Tak Sedarkah?


PKR telah mengadakan berbelas kali Kongres sejak kewujudannya pada tahun 1999.  Yang tidak berubah hanya Wan Azizah sebagai Presiden tapi dalam setiap Kongres - tanpa atau dengan Anwar, junjung-junjung plakad menjulang Anwar ini semua tak pernah berlaku.

Kenapa agaknya hanya setelah Mahathir umum bekerjasama dengan PKR dan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Datuk Sri Najib saja, gejala junjung-junjung plakad ini berlaku dalam Kongres PKR?

Biar penulis jawab, PKR sebenarnya sedang mengenakan, memalukan malah menghinakan Mahathir secara berdepan - tanpa tua kutuk itu sedari.  Mahathir terlalu leka dengan dendamnya ke atas Datuk Sri Najib sehingga dia tak sedar sedang 'diludah' PKR depan berdepan.

Ludah paling pekat ke muka Mahathir ialah semalam bila plakad Anwar sebagai PM ke 7 dijulang ketika Mahathir hadir dalam Kongres itu buat pertama kali.  Dunia tahu, PKR tahu bahawa Mahathir keluar UMNO dan menubuhkan Bersatu untuk menjadikan anaknya sebagai Perdana Menteri.

Friday, May 19, 2017

David Teo Beruntung PM Di Depannya Bukan Mahathir


nsiden pergaduhan antara David Teo dan Sulaiman Yasin di depan Perdana Menteri tempoh hari, sebenarnya bukanlah apa sangat, gimik pun bukan.

Satu jenis tak boleh dibawa ke Majlis dan satu lagi panas baran, memang kenalah dengan situasi yang membawa kepada pertengkaran itu.  Lagipun nampak macam kena, sebenarnya tak kena.  Tak hairanlah takde saman mahupun laporan polis dari yang terlibat.

Pedulikanlah yang itu sebab paling penting sekarang ialah bagaimana kedua mereka itu bernasib baik kerana Perdana Menteri yang di depan mereka itu adalah Datuk Sri Najib Tun Razak, bukan Mahathir.

Wednesday, May 17, 2017

Muhyiddin Ibarat Jeneral Bodoh, Dedah Strategi Perang


Lama tak dengar Muhyiddin, seakan hilang dari mukabumi.  Tiba-tiba hari ini Muhyiddin muncul dengan pernyataan "Gabungan UMNO-PAS Baik Untuk Harapan" - lebih kurang begitulah bunyinya setelah diterjermahkan.

Dari satu sudut, bunyi kenyataan ini macam cerdik, tapi dari banyak sudut yang lain, ini kenyataan makan diri sebab ia membabitkan strategi.

Selain UMNO dan PAS tidak perlu bergabung untuk memberi yang "tidak baik" kepada Pakatan Harapan, nampak disitu jelas bahawa Bersatu ini mahu pertandingan satu lawan satu dalam PRU14 ini, dengan macam mana cara sekalipun mesti jadi.

Monday, May 15, 2017

Peluang Pekerjaan Datang Melalui Pelaburan, Bukan Cakap Kosong


Bila Syed Saddiq Sigaraga cakap pasal mengadakan sejuta peluang pekerjaan kalau Pakatan menang, sudah tentu dia tidak maksudkan peluang pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan kerana dalam masa yang sama, ada orang DAP bercakap mahu mengurangkan jumlah kakitangan awam.

Takkan satu cakap lain, satu lagi cakap lain kot.

Dah tentu yang dirujuknya ialah peluang pekerjaan lain dari kerajaan, maksudnya yang diwujudkan di sektor-sektor swasta.  Tapi budak ini terlupa, kalau sejuta, menambah yang sedia ada, itu perlukan pelaburan luar.

Friday, May 12, 2017

UMNO71: Lautan Manusia Bukti Mahathir & Partinya gagal


Lautan manusia yang memenuhi Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 71 tahun UMNO semalam, membuktikan bahawa parti ini masih kukuh disebalik segala gerak dan usaha untuk melemahkannya terutama dari bekas Presidennya sendiri, Mahathir.

Bagi yang tak tahu, sejak 1989 (bila UMNO baru ditubuhkan), sambutan Hari UMNO dikira berdasarkan tarikh asal penubuhan pada 11 Mei 1946.  Sejak 1989, bukan baru semalam.

Menariknya, ini adalah kali pertama UMNO menyambut ualng tahun parti dengan kehadiran parti Mahathir, Bersatu yang ditubuhkan khas untuk menyaingi UMNO dan menyaksikannya kalah dalam PRU14.

Ketika di awal penubuhannya dulu, ramai bimbang Bersatu mampu mengurangkan sokongan terhadap UMNO, melihat kepada bekas-bekas pemimpin UMNO yang menyeberang ke parti tersebut.

Wednesday, May 10, 2017

Muhyiddin Calon PM Pilihan, Kata Kaji Selidik Oleh Partinya Sendiri...Kelakar Apa Ni?


Satu kajian di kalangan 3,000 responden yang dijalankan oleh parti Bunga, menunjukkan Muhyiddin adalah PM pilihan rakyat Malaysia dan Mahathir jatuh nombor dua.  Datuk Sri Najib pulak jatuh nombor 9.

Lawak apakah ini?  Sendiri buat survey dan angkat Presiden sendiri sebagai calon PM terbaik?  Siapa bodoh dalam dunia nak pakai survey ni?

Pun begitu jadi tajuk berita jugak, itu yang tak faham.  Ini jelas kerja syok sendiri pun ada orang nak angkat sebagai berita utama.  Apa punya masalah dengan sesetengah orang kat Malaysia ni pun kita tak tahu.

Monday, May 8, 2017

Mahathir Cakap Pasal Demokrasi? Siapa Bodoh Nak Dengar Ni?


Kata Mahathir, Pakatan akan mengembalikan asas demokrasi kalau menang dalam PRU14 yang akan datang.  Seolah negara kita hari ini tidak cukup demokratik di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ironinya, dari 5 bekas Perdana Menteri yang kita ada, ia adalah Mahathir yang paling banyak dituduh sebagai tidak demokratik.  Bukan sahaja demokrasi, sistem undang-undang kita juga menjadi bahan kecaman sepanjang Mahathir jadi Perdana Menteri - tanya pembangkang kalau tak percaya.

Sekarang dia bercakap seolah-olah Najib tidak demokratik pulak?

Friday, May 5, 2017

24 Tahun Tak Pernah Sentuh, 30 Minit Siasat Tiba-Tiba Nama Najib Muncul


Lawak apakah yang cuba ditunjukkan Lim Kit Siang ini?  Selama lebih 24 tahun dia memburu Mahathir, Anwar dan Daim dalam soal kerugian Bank Negara akibat skandal Forex era 90-an dulu, tak pernah seingat penulis nama Najib disentuh dimana-mana.

Tapi habis saja disoal siasat lebih kurang 30 minit oleh pasukan petugas khas yang menyiasat skandal ini, tiba-tiba nama Najib keluar!!  24 tahun tak pernah sentuh nama Najib, 30 minit siasat terus nama Najib keluar?

Gila macam manakah ini?

Wednesday, May 3, 2017

Parti Sedang Berantakan, Dimana Mahathir?


Selepas antara pengasas Bersatu, Cikgu Kamarul meninggalkan parti itu beberapa minggu sudah, adik beradik Othman dari Perak pula dikatakan sedang berantakan dengan seorang ketua bahagian Bersatu dari Taiping yang baru dilantik.

Media sosial menjadi pilihan untuk melepaskan rasa tidak puas hati masing-masing dan perbalahan ini dapat dilihat oleh semua orang.

Persoalannya, dimana Mahathir untuk mendamaikan semua pihak yang bertelagah ini?  Tak payah tanya Muhyiddinlah sebab silap-silap dia pun menjadi mangsa Mahathir juga apabila dihasut melawan Najib dan akhirnya dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.

Tuesday, May 2, 2017

Bila Dgn PKR Pun PAS Putus, Apa Nasib Mahathir?


Penulis difahamkan, sebetulnya PAS tidak pernah pun ada minat berbincang hal kerjasama dengan parti Mahathir, Bersatu secara rasmi.  Yang berlaku ialah, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang berunding dengan Bersatu secara tidak rasmi.

Itupun sebenarnya PAS meninjau peluang bagaimana untuk menghancurkan PAN melalui Bersatu dan bila kelihatan Bersatu pun sama-sama macam PAN menjadi hamba DAP, maka segala bentuk rundingan dengan Bersatu, tertutup terus.


Justeru, setelah hubungan dengan PKR pun diputuskan (dipercayai atas sebab yang sama - menjadi hamba DAP), maka dimana kedudukan parti Mahathir selepas ini?