Monday, August 21, 2017

RCI Forex: RM 31.5 Billion Yang Lesap Ni, Keturunan Siapa Nak Ganti?


Seorang saksi dalam pendengaran prosiding RCI Forex hari ini mengesahkan bahawa secara keseluruhannya Bank Negara aka rakyat Malaysia, kehilangan RM 31.5 billion dalam kerugian forex 1992.

Penulis tidak begitu arif tapi kalau nilai waktu itu RM 31.5 billion, maka nilanya pada hari ini besar kemungkinan adalah beratus-ratus billion - tidak kurang.

Tambah memeranjatkan, kerugian ini disembunyikan dalam bentuk rizab menurut Abdul Aziz Abdul Manaf yang pada waktu kejadian adalah Pengurus Akaun di Bank Negara,

Friday, August 18, 2017

Tukar Panel RCI: Apa Yang Mahathir Cuba Hide Kan?


Hujung-hujung ini Mahathir suka mempamerkan dirinya sebagai seorang yang terbuka.  Terbuka untuk disoal, terbuka untuk disiasat, terbuka untuk segalanya.  

Bagaimanapun, keadaan tidak jadi seperti yang Mahathir inginkan kerana dia bukanlah terbuka manapun, tertutup, berahsia dan sorok selagi boleh, sudah menjadi amalan Mahathir zaman berzaman.

Tidak ada siapa yang mampu mengubah keadaan itu - sudah jadi darah daging.

Sebab itu jangan hairan kenapa setelah program Nothing To Hide 2.0, medan dimana Mahathir sepatut membuktikan keterbukaannya diadakan, rakyat masih tidak jelas tentang banyak perkara.  Memali, Anwar dan sebagainya, waima 1MDB pun rakyat masih tidak jelas, apa dia dari sudut pandang Mahathir?

Wednesday, August 16, 2017

Parti Bunga Memang Sewel Pun


Muhyiddin kata hanya orang sewel saja akan sabotaj majlis sendiri - merujuk kepada kekecohan yang berlaku dalam program Nothing To hide 2.0 kelmarin..  

Kita nak jawab memang parti yang Muhyiddin tu sewel pun, tak hairan kalau sabotaj majlis sendiri. 

Nak cerita ni, kekecohan program yang tersebut - kalau betul-betul tercedera Mahathir hari tu - seperti yang digambarkan Ketua Armada tu, memang akan dapat simpati rakyatlah.   

Buktinya, takde sebiji benda asing pun menghala ke arah Mahathir bila kekecohan bermula tapi entah kenapa budak Armada kata objek tu semua memang dituju kepada Mahathir.  Jelas mereka memang dah ready dengan jawapan, tujuan untuk dapat simpati politik kalau jadi apa-apa kepada Mahathir.

Memang parti sewel lah.

Monday, August 14, 2017

Mahathir Kecewa, Satu Soalan Pasal 1MDB Pun Orang Tak Tanya


Kalau ikut faham dunia Mahathir, semua orang di Malaysia ini begitu taksub dengan 1MDB.  Siang malam takde cerita lain kita di Malaysia ini, 1MDB, 1MDB dan 1MDB.

Mungkin budak-budak serpihan UMNO dalam KCD memberitahu dia bahawa media sosial hari ini penuh dengan ketaksuban rakyat tentang 1MDB.

Justeru, Mahathir dengan angkuh mengadakan program Nothing To Hide 2.0 dan serah kepada budak mentah 25 tahun untuk mengendalikannya. sebab berasa yakin bahawa jawapan kepada banyak persoalan yang berkisar di sekitar 1MDB ialah apa yang rakyat mahukan sekarang.

Friday, August 11, 2017

Pencuri Wang Rakyat Yang Sebenarnya Ialah Orang Lari Bayar Cukai, Bukan 1MDB!!


Kita puji dan sanjung dengan sepenuhnya tindakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyerbu syarikat yang ada kaitan dengan anak-anak Mahathir.  Ini adalah patut dilakukan kerana membayar cukai adalah 

Mahathir macam bagus gebang sana tak kena sini tak kena, sana curi, sini songlap dan sebagainya.  Apa rupanya, ada kemungkinan syarikat anak dia sendiri mengelat dari bayar cukai.

Dikatakan lepas ini, ada lagi syarikat berkaitan Mahathir (MLC) yang akan diserbu LHDN atas sebab yang sama, baguslah.

Wednesday, August 9, 2017

PAS Sudah, Mahathir Bila Nak Jumpa Arul Kanda?



Dari dulu, dari sejak mula 1MDB ini diskandalkan Mahathir dan pembangkang, satu persoalan yang bermain di kepala rakyat ialah, kenapa Mahathir tak berjumpa sendiri dengan CEO 1MDB, Arul Kanda dan bertanya sendiri semua persoalan yang bermain di kepalanya.

Arul adalah orang yang paling tepat untuk menjawab semua persoalan Mahathir tentang 1MDB, ibarat dalam istilah perubatan, kalau 1MDB ini pesakit, Arul Kanda ialah doktor yang merawatnya.

Entah kenapa Mahathir menyalak mahu Datuk Sri Najib Tun Razak pula menjawab isu berkaitan 1MDB bila beliau tidak terlibat secara langsung dalam urusan seharian syarikat tersebut.  Najib hanya Pengerusi Lembaga Penasihat dan tidak terlibat dalam urusan 1MDB sehari-harian.

Monday, August 7, 2017

Arah Polis, Salahguna ISA - Mahathir Perlu Jawab Atau Saman Kalau Tidak Benar


Pendedahan bahawa Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk memaksa perletakan jawatan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1998, adalah satu tuduhan yang serius.

Ini dakwaan salah guna kuasa, dakwaan sama yang menghumban Anwar ke dalam penjara selama 5 tahun.

Kalau benar dakwaan ini bermaksud Mahathir boleh dipenjarakan, kalau tidak benar, Mahathir boleh mengambil tindakan saman - mana satu pilihan Mahathir?

Apatah lagi yang buat dakwaan ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak - musuh nombor 1 Mahathir.  Inilah peluangnya Mahathir untuk menjejaskan imej Najib kalau apa yang didakwa itu tidak benar melalui proses undang-undang.

Saturday, August 5, 2017

Zahid Buktikan Mahathir Mudah Terluka



Sehari sudah lamanya sejak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Zahid Hamidi mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti dalam bentuk rakaman suara akan rancangan Mahathir untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan ini adalah sebagai tindak balas kepada tuduhan Mahathir kononnya Zahid pernah berjumpa dengannya untuk menjatuhkan Najib - 10 hari selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Orang gila mana yang percaya Zahid nak jatuhkan Najib hanya selepas 10 hari dilantik ke jawatan nombor 2 tinggi dalam kerajaan?

Setakat artikel ini ditulis, Mahathir belum lagi membuat sebarang kenyataan menafikan apa yang Zahid cakap. Biasanya Mahathir cepat menjawab kalau dirinya menjadi sasaran serangan pemimpin UMNO, cuma tidak dalam hal ini.

Wednesday, August 2, 2017

Siapa Mahathir Mahu Tipu, Dah 20 Tahun PKR Persoal Keturunannya


Kata Mahathir, asal usul keturunannya tidak pernah dipersoalkan sesiapa dan Datuk Sri Zahid Hamidi adalah orang pertama yang melakukannya apabila membuat pendedahan bahawa nama sebenar Mahathir ialah Mahathir a/l Iskandar Kutty, bukan bin Mohamad seperti yang kita tahu.

Ini sebenarnya tidak benar. Mahathir mungkin sudah terlalu tua untuk mengingati bahawa Anwar dan PKR sudah 2 dekad mempersoalkan keturunannya dengan niat mencabar kelayakan Mahathir mengetuai sebuah parti Melayu  seperti UMNO pada ketika itu.

Antara perkara pertama yang Anwar sebut dalam ceramah reformasinya sebaik dipecat tahun 1998 dulu ialah perkataan mamak bendahara, merujuk kepada dia - mamak bangsanya, bendahara jawatannya (Perdana Menteri)