Kata Mahathir, asal usul keturunannya tidak pernah dipersoalkan sesiapa dan Datuk Sri Zahid Hamidi adalah orang pertama yang melakukannya apabila membuat pendedahan bahawa nama sebenar Mahathir ialah Mahathir a/l Iskandar Kutty, bukan bin Mohamad seperti yang kita tahu.
Ini sebenarnya tidak benar. Mahathir mungkin sudah terlalu tua untuk mengingati bahawa Anwar dan PKR sudah 2 dekad mempersoalkan keturunannya dengan niat mencabar kelayakan Mahathir mengetuai sebuah parti Melayu seperti UMNO pada ketika itu.
Antara perkara pertama yang Anwar sebut dalam ceramah reformasinya sebaik dipecat tahun 1998 dulu ialah perkataan mamak bendahara, merujuk kepada dia - mamak bangsanya, bendahara jawatannya (Perdana Menteri)
Tidak pulak kita sangka perkara ini berkembang dari bukan sahaja setakat dakwaan Mahathir tidak layak memimpin UMNO kerana dia bukan Melayu malah, ada besar kemungkinan dia mengubah nama bapanya sendiri untuk menyembunyikan hakikat bahawa dia adalah seorang Kutty!!!
Apa pun hebatlah grand design Mahathir. Bagaimana dia merancang bertahun-tahun untuk jadi Perdana Menteri termasuk tergamak mengenepikan salasilah keturunannya sendiri - kalau dakwaan ini benar.
No comments:
Post a Comment