Monday, July 31, 2017

Terjawab Misteri Bagaimana Anandha & Arumugam Boleh Jadi Kaya


Ramai orang boleh faham kenapa Vincent dan Francis boleh jadi kroni kepada Mahathir dan kepada mereka diserahkan projek-projek infrastruktur yang kemudiannya lingkup dan terpaksa dibail out oleh kerajaan.

Mereka ini asal-asal memang dah kaya raya dan Bukit Bintang saja boleh dikatakan dibahagi 2 antara mereka.  Malah dikatakan pada satu ketiks mereka ada pengaruh dalam MCA dan Gerakan, sebagai Funder dan sebagainya melalui persatuan perniagaan tertentu.

Begitu juga Syed Mokhtar, Halim Saad dan sebagainya tu yang turut dikaitkan sebagai kroni Mahathir oleh DAP dan PKR.

Yang jadi persoalan ialah, bagaimana Anandha dan Arumugam juga boleh jadi kaya dibawah Mahathir?  Siapa mereka ini dan asal usul macam mana sehingga menjadi pilihan Mahathir untuk dikayakan.

Arumugam dikatakan mula membina empayar kekayaan apabila menerima kontrak membeli 88 pesawat terpakai A4 Skyhawk dari USA, kurang separuh saja digunakan manakala baki tersadai di padang pasir Arizona, konon sebagai sumber spare part.  Kemudian, kaitan dengan R&D projek kereta elektrik Proton di London.  

Ini semua katanya punca kaya raya.  Berbaloi menyerah ladang penuh kuda di Argentina untuk digunakan Mahathir pada bila bila masa dia suka - secara percuma.

Sementara Anandha, rasanya tak payah cerita panjang, semua tahu pasal asal usul tanah KLCC, Binariang dan sebagainya tu.

Kenapa mereka berdua dari ramai-ramai kaum India dipilih Mahathir untuk dikayakan jadi misteri, sehinggalah semalam bila didedahkan oleh Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa nama bekas Perdana Menteri ke-4 yang sebenarnya ialah, Mahathir s/o Iskandar Kutty.

Ooo...fahamlah sekarang kita.

No comments:

Post a Comment