Monday, July 10, 2017

DAP Yang Bersungguh-Sungguh Nak Penjarakan Mahathir


Mutakhir ini Mahathir gemar memberi persepsi bahawa Najib mahu memenjarakannya.  Di sana sini Mahathir bercakap tentang penjara.

Logik akal, buat apa nak memenjarakan Mahathir - si tua bangka yang boleh menerima gelaran Allahyarham pada bila-bila masa.  Benar, jodoh maut bukan kira tua muda tapi ini tua 92 tahun yang kita cakapkan, kalau yang lebih muda pun belum tahu lagi, apatah lagi dia yang setua itu.

Penulis tidak rasa Najib mahu memenjarakan Mahathir dengan menubuhkan RCI Forex ini.  Niat beliau hanya untuk mencari jawapan kepada kehilangan beratus billion wang negara dalam skandal Forex era 90-an dulu sebab ini melibatkan wang rakyat.

Mahathir dulu menyorokkan perkara ini dari pengetahuan rakyat dan selaku Perdana Menteri semasa, Najib bertanggungjawab mendedahkannya kepada rakyat siapa sebenarnya yang bertanggungjawab dan nilai sebenar duit yang lesap.

Yang nak penjarakan Mahathir sangat ni ialah DAP.  Banyak bukti yang kita ada menunjukkan dimana DAP yang sebenarnya nak Mahathir ni masuk penjara atau dalam bahasa seorang bekas pemimpin kanannya, jawab.

Siap pesan lagi dalam kempen PRU13 agar Mahathir tidak lari meninggalkan negara kalau Pakatan Rakyat (waktu itu) menang dan memerintah Putrajaya.

DAP, bukan Najib yang nak masukkan Mahathir ke dalam penjara.

No comments:

Post a Comment