Wednesday, July 26, 2017

RCI: Kiri Kena, Kanan Pun Mahathir Kena



Wan Azizah semalam berikrar bahawa Mahathir tetap tdak akan terlepas dari siasatan Suruhanjaya Diraja mengenai kerugian Forex antara 1989-1994.

Ini bermaksud, siapa pun menang dalam PRU14 yang akan datang, Mahathir akan tetap kena.

Jadi apa agaknya komen Mahathir dan anjing-anjingnya tentang isu ini?  Jika pentadbiran sedia ada mahu menyiasat skandal tersebut disifatkannya sebagai bermotifkan politik, bagaimana pula keputusan Pakatan melakukan perkara yang sama kalau menang?

Mungkin Mahathir tidak begitu mengendahkan kenyataan Wan Azizah ini kerana dia berfikir mampu memastikan perkara itu tidak berlaku.  Tapi jangan lupa, orang yang berdendam dengan Mahathir dalam Pakatan itu ada ramai, bukan Wan Azizah seorang.

Hari ini mereka bekerjasama dengan Mahathir hanya untuk menang pilihanraya, jika menang, Mahathir akan dilayan lebih teruk dari Najib pun.  Pendek kata, Pakatan mahu menewaskan Najib untuk menghukum Mahathir.

Padan muka Mahathir, mana-mana pun kena.  Tapi kita yakin, ini tidak akan berlaku kerana kerajaan Najib akan menang dan meneruskan tindakan terhadap Mahathir.  Kita mula dulu, Pakatan hanya ikut kemudian.

No comments:

Post a Comment