Saturday, December 3, 2016

KJ BIkin Rosak Perhimpunan Dengan Soal Pemilihan


Dalam begitu banyak perbahasan sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016) ini, hanya KJ sorang bercakap tentang pemilihan parti, apabila mengumumkan dia tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Untuk apa ini disebut?  Bukan ada keperluan pun kerana tidak ada had umur untuk jawatan Ketua Pemuda.  Lainlah kalau Puteri, umur 40 orang tahu dah perlu digantikan dengan orang lain.

Tak pasal-pasal, PAU2016 yang sepatutnya jadi medan mengukuhkan parti dalam menghadapi PRU14, sudah dikotorkan dengan isu pemilihan.  Silap-silap, di kalangan pemuda sendiri, sudah ada kempen oleh orang-orang tertentu untuk bertanding jawatan tersebut.

Friday, December 2, 2016

UMNO: KJ Selamat Diri, Mahathir Khianat Parti


Ucapan keras Ketua Pemuda UMNO, KJ terhadap Mahathir dan lafaz taat setianya terhadap Presiden UMNO Datuk Sri Najib semalam, mengundang kecaman keras pengagung pengagung Mahathir.

Bersilih ganti mereka mempersoalkan kredebiliti KJ yang sebelum ini begitu sinikal terhadap Najib tapi sekarang ucap setia tak berbelah bahagi. Turut dibuat ulang tayang lama kisah-kisah hitam membabitkan KJ semasa mertua nya masih menjadi Perdana Menteri.

Sebetulnya, dua dua pun sama tapi bezanya, perubahan pendirian KJ hari ini  (berbanding tahun lepas) adalah untuk menyelamatkan dirinya setelah Muhyiddin dibuang dari parti awal tahun ini. Tak ada lagi dahan nak bergantung tu, kalau tidak menyatakan kesetiaan kepada Najib sekarang, percuma saja karier politik KJ 'ditanam' dalam pemilihan parti akan datang.

Apatah lagi KJ sudah umum tidak akan pertahan jawatan Ketua Pemuda, nak cuba nasib di kerusi Naib Presiden lah tu. Kalau tak ucap setia pada Najib, boleh mimpi sajalah.

Thursday, December 1, 2016

Mahathir Balik Dari Sudan, Negara Itu Jadi Haru Biru


Media antarabangsa semalam menyiarkan berita tentang mogok besar-besaran di Sudan akibat keputusan kerajaan negara itu untuk mengurangkan subsidi minyak yang membawa kepada kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

Ironinya, Sudan adalah negara yang baru saja dilawati Mahathir antara 17 - 19 November yang lepas. Jelas disitu (tak usahlah menafikan lagi) kehadiran Mahathir membawa malapetaka di mana-mana sahaja tempat yang dia singgah.

Pada waktu ini, Mahathir sedang berada di Tunisia pula - negara Arab pertama yang bergolak (dan masih bergolak) akibat gerakan Arab Spring.  Entah apa nak menimpa Tunisia pulak selepas ini apabila Mahathir balik.

Monday, November 28, 2016

Anwar 40,000 Bangla, Mahathir Up Lagi 700,000 China



Memang betullah kata DAP, menjelang PRU14 ini lebih banyak berita palsu akan muncul.  Sudah pasti DAP bercakap tentang pengalaman mereka sendiri, kononnya 40,000 bangla akan mengundi memenangkan BN dalam PRU13 yang lepas serta kononnya berlaku blackout dalam proses pengiraan undi.

Tanya dia, memang tak mengakulah.

Sekarang Mahathir pula up jumlah itu kepada 700,000, kali ini dari China.  Dalam satu ceramah parti Pribumi cap bunga raya yang dia tubuhkan di Melaka kelmarin, Mahathir buat dakwaan tidak masuk akal ini.

Bukti jangan tanyalah, Mahathir mana reti tuduh ada bukti. Entah siapa bodoh yang akan percaya tak tahulah tapi mengenali Mahathir bukan dia peduli, asal anak dia dapat jadi Perdana Menteri saja cukuplah.

Friday, November 25, 2016

"With Me Or Be My Enemy" - Itulah Bahagian Mahathir Yg Tak Berubah


Sebetulnya politik zaman Mahathir sangat mudah "with me or be my enemy" (bersama aku atau jadi musuh aku").  Masa dia dalam UMNO macam itu, masa dia dalam pembangkang pun sekarang itu.

Maka tak hairan kenapa Mahathir hari ini pukul keliling, siapa yang tak ikut dia, semua makan dedak.  DAP yang sanggup ikut dia, dianggap suci dan tidak pernah berbuat dosa.  Dulu yang dia kutuk dan gelar DAP macam-macam, buat lupa.

Itulah nasib yang menerima Ibrahim Ali.  Ya, sesetengah ada yang menganggap perbalahan antara mereka berdua ini hanya satu sandiwara. tapi dari satu sudut, ia menyerlahkan siapa Mahathir yang sebenarnya dan bagaimana dia berpolitik.

Takde class langsung.

DAP Tak Jemput Mahathir, Bukti Pakatan Pura-Pura


DAP akan mengadakan konvensyen nasional mereka tidak lama lagi.  Bagaimanapun telah diumumkan bahawa parti itu tidak akan menjemput Pengerusi Pribumi, Mahathir ke konvensyen tersebut kerana kononnya bukan sebahagian dari Pakatan lagi.

DAP bagaimanapun akan menjemput beberapa perwakilan luar menghadiri konvensyen mereka sebagai pemerhati, seolahnya semua perwakilan luar ini sudah menyertai Pakatan.

Justeru nampak sangat tidak menjemput Mahathir ini hanyalah satu alasan DAP.  Hakikatnya orang DAP memang ramai masih menyampah dengan Mahathir, tak hairan kenapa 'kemesraan' yang ditunjukkan setakat ini hanyalah setakat Lim Kit Siang dan Mahathir sahaja, yang lain semua pakat jauh diri.

Tuesday, November 22, 2016

Hadap Lilin Pun Mahathir Sanggup Demi Maria, Penyokong Setia Mati, Dia Buat Tak Peduli


Malam tadi Mahathir datang memberikan sokongan kepada perhimpunan tak sampa seratus orang mendesak pembebasan Maria Chin di Bukit Aman.  Sanggup duduk atas batu tepi longkang tu sebab fizikalnya dah tak berdaya tapi dipaksanya juga sebab nak menunjuk kepada Najib betapa kuatnya dia melawan - macamlah Najib peduli.

Dalam katanya tak boleh kena hujan, Mahathir tetap juga datang.  Tak tahulah Maria ini dah berapa  koyan jasa dia buat untuk Mahathir tapi besar maknanya kepada dia tu bila Mahathir hadir dalam demo tersebut.

Begitu pun hairannya, sehari sebelum semalam, seorang penyokong setia Mahathir yang juga aktivis media sosial antara tersohor, meninggal dunia di Terengganu.  Jangan kata nak menjenguk, difahamkan tanya khabar atau hantar orang pun tidak.

Sedangkan arwah tu menyokong Mahathir sampai ke sudah, buktinya, hari meninggal dunia, artikel dalam blognya adalah tentang memuji Bersih 5 yang dihijack Mahathir.