Tuesday, September 30, 2014

Tun M , Khairy Dua-dua Salah Walau Bertentangan Pendapat

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Umno perlu berubah supaya pemimpinnya boleh dikritik dengan lebih berani dan pada masa ini budaya dalam parti itu menyaksikan pemimpin disokong tanpa dipersoal.
Hari ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, menyanggah pandangan Mahathir dengan mengatakan Umno selama ini tidak pernah menghalang sesiapa untuk mengkritik pimpinannya termasuk Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Dalam Umno, kita tak pernah halang sesiapa untuk mengkritik kepimpinan. Malah dalam mesyuarat perwakilan, dalam perhimpunan kita sentiasa beri pandangan pada kepimpinan.

"Dan saya kenal Presiden Umno sebagai seorang yang amat terbuka sekali dan tak pernah tutup ruang untuk ahli beri teguran dan pandangan pada beliau.

"Jadi tak betul ada tanggapan bahawa dalam Umno, tidak boleh mengkritik. Kita parti yang terbuka sekali menerima kritikan daripada ahli," katanya pada sidang media di Putrajaya.
Kenyataan Tun Disalah tafsir?
Kenyataan Tun sebenarnya kurang tepat atau telah disalah tafsir? Ini kerana UMNO sememangnya terbuka kepada sebarang kritikan yang berasas dan berfakta. Tidak pernah UMNO semasa pentadbiran Mohd Najib Tun Razak tidak pernah beliau menggantung mana-mana pemimpin parti yang mengkritik kerajaan.
Apa yang patut Tun tegaskan ialah pemimpin muda UMNO yang berani mengkritik dan mempunyai idea-idea bernas diberi ruang dan peluang yang lebih baik dalam parti dan bukannya diketepikan kerana berbeza pandangan.
Khairy Cakap Tidak Serupa Bikin
Ketua Pemuda UMNO yang mempertahankan bahawa UMNO sememangnya terbuka kepada kritikan sebenarnya "cakap tidak serupa bikin."
Sejak penggal lepas, Khairy melantik ketua-ketua Pemuda UMNO Negeri yang menyokong beliau bukannya yang berkebolehan. Mana-mana yang mengkritik dibakulsampahkan sehinggakan banyak pemuda negeri tidak berfungsi dan gagal sama sekali.
Kali ini perkara yang serupa terjadi. Khairy menyusun dari barisan EXCO Pemuda sehinggalah kepada kebanyakan Ketua Pemuda negeri yang "menjilat" beliau sehingga kita tidak langsung nampak kebolehan mereka yang memegang jawatan.
Jadi, apa yang Tun katakan tersebut ada kebenarannya jika ditujukan kepada Khairy yang sememangnya sedang melemahkan Pemuda UMNO.

Monday, September 29, 2014

Sikap Cina Malaysia Dari Pandangan Cina China

Pandangan ini adalah dari Ye Lin-Sheng yang berasal dari China tetapi seorang ahli perniagaan di Malaysia, Hong Kong, Australia, Thailand, Singapura, Britain dan Amerika Syarikat. Beliau mempunyai banyak pengalaman yang melibatkan orang Cina di negara yang disenaraikan itu. Tetapi orang Cina di Malaysialah yang paling tidak bersyukur, kejam, serta mengkhianati perjanjian ataupun dipanggil perlembagaan.
 
Dalam buku Ye Lin-Sheng The Chinese Dilemma (East West Publishing, Australia, 2003), Ye Lin-Sheng menulis:
 
2. Pengiktirafan orang Cina:

"Orang Cina Malaysia mendapati mereka lebih mudah untuk menerima dominasi oleh orang-orang putih kerana mereka dapat memberi pengiktirafan terhadap kehebatan orang Barat. Tetapi Orang Cina Malaysia amat susah untuk menerima kehebatan orang Melayu kerana perasaan iri hati dan hasad dengki mereka bahawa Malaysia ini milik orang Melayu.

Mana mana orang Cina Malaysia sama sekali tidak boleh menerima tentang konsep ketuanan Melayu, mereka percaya bahawa mereka adalah lebih baik" -(Buku The Chinese Dilemma - Ye Lin-Sheng)
 
3.Keangkuhan orang Cina:

"Keangkuhan orang cina Malaysia telah membuatkan mereka sentiasa memandang rendah terhadap keupayaan orang Melayu, walhal ramai orang Melayu sebenarnya bekerja atau belajar lebih pandai dari kaum cina Malaysia ini. Perkara ini sudah lama saya perhatikan, kerana saya memiliki perniagaan di Malaysia dan telah bercampur dengan orang Cina Malaysia ini.

Sikap mereka suka cakap belakang dan tekan orang Melayu adalah menjadi tabiat dan budaya mereka. Mana mana orang Cina Malaysia yang tidak menghina orang Melayu dikatakan kolot dan membelot bangsa cina"
 

4.Perkauman orang cina:

"Kejayaan orang Cina Malaysia hanya tercapai jika mereka dapat menindas orang Melayu dalam masa yang sama menggunakan kudrat dan kelebihan orang Melayu. Mereka juga tidak akan mengakui bahawa kepimpinan Melayu adalah sangat mahir, cekap serta bagus dalam pengurusan politik, ekonomi dan sosial.

Cina jarang menyifatkan kejayaan Malaysia daripada orang Melayu. Apa yang ada diminda mereka adalah semua kejayaan di Malaysia ini adalah kerana orang Cina. Sebab itu orang Cina yang asal dari China tidak suka bergaul dengan Cina Malaysia kerana sikap mereka yang ekstrim ini. Mereka masih lagi mengamalkan ideologi komunis"
 
5. Penghinaan orang Cina

"Sampai hari ini, sesetengah orang Cina Malaysia masih menggunakan istilah "Menghina" terhadap orang Melayu. Dalam dialek Cina yg tertentu, orang Melayu dipanggil dengan nama yang bermakna ‘orang hutan’ atau ‘orang liar’. Maknanya, Bangsa yang tidak Bertamadun.

Malahan orang Cina yang memeluk Islam dikatakan telah ‘masuk Melayu’. Jarang ibu bapa Cina membenarkan anak mereka menjadi Askar atau Polis kerana anggap itu kerja kotor dan hanya Eksklusif kepada kaum Melayu sahaja.

Mereka sentiasa percaya bahawa budaya dan Tamadun Cina lebih tinggi berbanding Budaya dan Tamadun Melayu termasuklah penggunaan membersihkan diri menggunakan tisu dianggap lebih bertamadun. Umumnya, orang Cina boleh menerima ‘Ketuanan orang Putih’ kerana menganggap tamadun dan Budaya Barat lebih bagus, tapi tidak terhadap Tamadun Melayu-Bumiputera."


6.Sikap negatif orang Cina:

"Kejayaan orang Melayu turut dipandang sinis. Ia biasanya dikaitkan dengan bantuan Kerajaan atau hak istimewa yang diberi kepada mereka. Kebanyakan Cina Malaysia sukar menerima hakikat kejayaan Usahawan atau Syarikat2 Melayu.. dimana mereka berniaga secara jujur dan bukan seperti orang Cina berniaga.

Jadi sebenarnya majoriti orang Melayu ada peniaga tulen yang jujur dan dicapai menerusi kerja keras mereka. Sikap sebegini sebahagiannya berpunca daripada kesukaran menerima hakikat orang Melayu lebih pandai daripada mereka dan sebahagian lagi bertujuan menunjukkan pencapaian mereka sebagai lebih hebat"
 
7.Isu Tuan Rumah:

"Siapakah Tuan Rumah Negara Malaysia? Ia adalah orang Melayu selaku Tuan Rumah , dan orang Cina dan India sebenarnya hanyalah sbg tetamu ataupun dipanggil menumpang kerana tiada tempat. Orang Cina Malaysia sepatutnya berasa malu kerana telah datang secara asal untuk menjadi pekerja dan selepas diberi kerakyatan.

Akhirnya mereka cuba hendak merampas serta menindas Tuan Rumah (Bangsa Melayu). Sudahlah mereka datang dengan jumlah yang besar dan ramai.

Jika saya (Ye Lin-Sheng, penulis Buku) adalah orang Melayu, saya tidak akan membenarkan Perlembagaan dan Sosial Kontrak dicabar. Saya akan merasakan maruah dan penghormatan saya akan tercalar"
 
8.Orang Melayu sebenarnya sedang dijajah oleh Cina:

"Tetapi itulah keistimewaan orang Melayu, mereka adalah satu Bangsa yang bersopan santun dan kaya dgn kesabaran.. Sudahlah mereka bersusah payah Berjuang bermati matian untuk membebaskan diri dari Jajahan Barat.

Sekarang mereka perlu bersusah payah pula untuk merampas dari orang Cina yang memegang kuasa ekonomi di Tanah airnya.. Sepatutnya orang Cina yang perlu berbakti kepada orang Melayu kerana mereka sudah diberi peluang utk mendapat kerakyatan, tetapi saya selaku orang asal dari negara China berasa malu dengan sikap Bangsa saya sendiri yang tinggal di Malaysia.

Tidak ada perkataan yang dapat saya berikan kerana dasar orang Cina Malaysia terlalu keras, Ekstrim serta Perkauman. Kami sendiri orang yang tinggal di China tidak lagi menerima ideologi Komunis, tetapi orang Cina di Malaysia lebih selesa untuk mengamal serta menyebarkan ideologi Komunis sehingga kini.

Sebenarnya jujur saya mengatakan orang Cina Malaysia sedang Menjajah Orang Melayu. Mereka seperti menganggap bahawa orang Melayu adalah musuh mereka yang nyata"
  

Friday, September 26, 2014

Menjawab Kadir Jasin, Mengapa UMNO Tidak Singkirkan Mohd Najib

Bekas Ketua Pengarang The New Straits Times Press (NSTP), A Kadir Jasin, hari ini menimbulkan persoalan mengapa UMNO tidak menyingkirkan Mohd Najib Tun Razak setelah Barisan Nasional mendapat keputusan yang lebih teruk dalam pilihan raya umum 2013.

Penulis tidak berniat untuk mempertikaikan isu pencapaian Mohd Najib Tun Razak lebih teruk dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana ia telah dibahaskan sebaik tamat pilihan raya umum 2013.

(Sebagai rekod penulis akan turun satu artikel dari laman web pro UMNO di bawah nanti yang menganalisis keputusan pilihan raya lalu.)

Menurut Kadir, Tun Mahathir juga mengungkapkan pertanyaan yang sama.

 

Dr Mahathir said Mohd Najib did badly in 2013 – worse than Abdullah did in 2008. Umno got rid of Abdullah but not Mohd Najib. What lessons have Umno learnt? What has happened to the post-mortem? Has Umno make changes? These are the posers that “sincere” Umno leaders should answer instead of saying they respect Dr Mahathir and support the PM.

Bagi penulis, UMNO tidak menggantikan Mohd Najib seperti mana nasib Pak Lah kerana dua sebab utama:

1. UMNO tidak ada pengganti yang lebih baik daripada Mohd Najib buat masa ini. Mohd Najib dilihat masih pemimpin terbaik untuk memimpin UMNO.


Ini berbeza ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dilihat dari awal bukan seorang pemimpin yang cemerlang tetapi hanya naik kerana ditunjuk oleh Tun Mahathir ketika itu.

Ahli UMNO merasakan UMNO dan Barisan Nasional berada di landasan yang betul di bawah kepimpinan Mohd Najib.

2.  Mereka telah belajar daripada penyingkiran Abdullah Ahmad Badawi. Menukar pemimpin UMNO semata tidak boleh menjamin pencapaian yang lebih baik.

Selebihnya, bagi menjawab pertanyaan Kadir Jasin, penulis turunkan semula pandangan kumpulan
pro-UMNO yang ditulis oleh seorang penulis yang juga rapat dengan kadir.


Analisis PRU13 (3): Pencapaian Najib-Muhyiddin Lebih Baik Dari 2008 
Oleh Ab Jalil Backer
Suara-suara mencebik Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sudah kedengaran. Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan emel dari kumpulan penyokong Pak Lah mulai kedengaran menggesa Mohd Najib berundur kerana pencapaian yang lebih teruk daripada 2008.

Saya tidak menyatakan pencapaian Mohd Najib sesuatu yang hebat dan gah, namun ia masih boleh dibanggakan. Saya percaya fakta akan menunjukkan bahawa pencapaian Barisan Nasional di bawah Mohd Najib jauh lebih baik daripada Pak Lah. Ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan air muka Pak Lah. Ini sekadar mahu mengingatkan kumpulan ini bahawa nasihat-nasihat mereka yang telah merosakkan Pak Lah tidak diperlukan dalam arus politik hari ini.

“Kumpulan ini menulis jika ketika BN hanya mendapat 140 kerusi Pak Lah diminta berundur oleh Muhyiddin dan pasukannya, mengapa sekarang bila Mohd Najib hanya mendapat 133 kerusi Parlimen, beliau dan Muhyiddin tidak berundur?”

Secara logiknya memang Mohd Najib wajar berundur.

Najib Berhadapan Kekuatan Yang Lebih Besar

Namun kita kena ingat bahawa pencapaian BN hari ini secara keseluruhan jauh lebih baik dari BN semasa Pak Lah.
BN telah hilang 5 negeri – Wilayah Persekutuan, Perak, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang kepada Pakatan dalam pilihan raya lalu. Penguasaan ke atas Selangor dan Pulau Pinang menjadikan jentera Pakatan kali ini berkali ganda lebih baik daripada jentera mereka pada 2008. Manakala kedudukan mereka di Kedah dan Kelantan menjadikan kedudukan UMNO sendiri goyah.

Dengan kata lain, jika dalam pilihan raya 2008, ia umpama Manchester United (BN) lawan Queens Park Rangers (Pakatan), kali ini ia sudah menjadi seperti Manchester United lawan Manchester City. Ini bukan lagi pilihan raya David versus Goliath. Ia sudah menjadi pertembungan dua gergasi. Jik Pak Lah masih lagi Perdana Menteri dan dikelilingi oleh penasihat-penasihatnya yang bodoh itu, kita sudah menjadi pembangkang hari ini.

Berhadapan dengan kekuatan jentera pilihan raya Pakatan yang jauh lebih besar daripada 2008, BN merampas kembali dua negeri yang kita kalah dalam pilihan raya yang lalu – Kedah dan Perak. Ini suatu pencapaian yang sangat luar biasa jika dilihat dengan jentera Pakatan, manifesto pakatan dan juga calon-calon yang mereka pertaruhkan kali ini berbanding 2008.

Pada zaman Pak Lah, UMNO mengalami perpecahan dan menuju kehancuran yang serius sehingga menyebabkan kita kehilangan Kedah, Perak dan Selangor serta kalah teruk di Kelantan. Akhirnya, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri keluar UMNO sebagai menyatakan kekecewaan beliau kepada Pak Lah. Situasi dalam UMNO hari ini sangat berlainan sama sekali. UMNO kembali menjadi Menteri Besar di Kedah dan Perak.

Rampas Dua Negeri, Kerus UMNO Bertambah

Hari ini Mohd Najib telah merampas kembali dua negeri yang kalah dalam pilihan raya lalu di samping mengekalkan negeri-negeri yang telah diperintah sebelum ini. Ini tentulah pencapaian lebih baik dari Pak Lah.

Sungguhpun BN hilang 7 kerusi Parlimen lagi, namun UMNO telah meningkatkan kerusi Parlimen yang diwakilinya daripada 79 kerus kepada 88 kerusi. Bagi kerusi Dewan Undangan Negeri juga menyaksikan peningkatan kerusi UMNO daripada 239 pada 2008 kepada 242 pada 2013.

Ini bermakna gandingan Mohd Najib – Muhyiddin telah berjaya mengukuhkan kembali sokongan kepada UMNO yang merosot teruk pada 2008. Justeru dari segi pencapaian UMNO, tiada sebab Mohd Najib perlu meletak sebagai jawatan Presiden UMNO. Mohd Najib telah menjalankan tanggungjawab beliau paling utama sebagai Presiden UMNO iaitu memulihkan parti.

Kehilangan tujuh kerusi Parlimen memang agak mengecewakan, namun Mohd Najib telah berjaya menambah sokongan pengundi terhadap BN daripada 4 juta pada 2008 kepada 5.3 juta pada 2013.

Dan kita semua tahu, pengurangan kerusi ini bukan kerana isu polisi yang lemah, kepimpinan yang lemah atau kebencian rakyat kepada kepimpinan negara seperti 2008.

Sebaliknya, peningkatan kerusi Pakatan kali ini hanyalah kerana kaum Cina mahu DAP berkuasa besar dalam politik negara. Ini telah saya bincangkan dalam siri kedua analisis PRU 13 semalam.

Mohd Najib Bukan Sempurna

Jadi mengapa Mohd Najib perlu meletak jawatan sebagai Presiden UMNO? Hanya orang yang tidak mahu berfikir, berdendam dan mahu merebut kuasa dalam UMNO sahaja yang mencadangkan sedemikian. Untuk mereka yang mahu UMNO terus kuat dan kukuh, mereka tahu bahawa parti berada dalam landasan yang betul di bawah Mohd Najib.

Namun Mohd najib bukan sempurna. Beliau perlu melakukan perubahan dan pembetulan diri, kerajaan dan parti bagi meneruskan momentum sokongan ini. Ini telah saya nyatakan dalam siri pertama analisis PRU 13 ini.

Kepada sahabat-sahabat yang menulis membelasah Mohd Najib dan Muhyiddin hari ini, tanyalah diri kita adakah kepimpinan Mohd Najib lebih baik atau buruk dari Pak Lah? Saya percaya ramai dalam hati nurani mereka menyatakan Mohd Najib lebih baik. Memang ada perkara kita tidak bersetuju dengan Mohd Najib, namun apakah ia satu justifikasi untuk menjatuhkannya dan membenarkan DAP menepuk tangan?

Mohd Najib memerlukan masa memperbaiki kerosakan yang berlaku sejak 2004 -2009. Ia tidak boleh diselesaikan dalam masa yang singkat!


Tuesday, September 16, 2014

Akta Hasutan, Di Mana Salah Mohd Najib?

Apabila Perdana Mohd Najib Tun Razak mengumumkan Akta Hasutan akan dihapuskan diganti dengan Akta Keharmonian Nasional, tidak ramai yang mempertikai atau merasakan keperluan untuk mengkajinya.

Mohd Najib berbuat demikian atas desakan pembangkang dan juga kerana akta tersebut sudah merupakan suatu akta yang using kerana ia digubal mengambil kira suasana dan keadaan tahun 1948.

Dunia sudah berubah dari zaman media cetak, radio, surat layang, propaganda bisik-bisik dan risalah kerajaan kepada zaman internet. Sesungguhnya, Akta Hasutan perlukan nafas baru.

Namun kerajaan menyedari bebanan persepsi politik yang di bawa oleh Akta Hasutan sangat besar sama seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) terutamanya di kalangan pengundi muda yang tidak pernah merasai zaman kegawatan komunis dan kekacauan ekstremis politik dan agama.

Mereka hanya mendengar tuduhan dan fitnah pemimpin politik ke atas kedua-dua akta ini sehingga sukar untuk kerajaan menjelaskan kepada rasional. Ini ditambah pula dengan sikap kepimpinan Tun Abdullah ketika itu seolah-olah mengiyakan sahaja pandangan-pandangan yang memburukkan kedua-dua akta ini demi kepuasan politik beliau menentang Tun Mahathir.

Oleh kerana kedua-dua akta ini memerlukan banyak pindaan dan mempunyai imej buruk, Mohd Najib mengambil jalan tepat apabila mengumumkan penghapusan kedua-dua akta ini dan akan diganti dengan akta baharu. Ini bermakna segala bebanan imej politik kotor yang telah lama bersemadi dalam akal fikiran pengundi muda tidak lagi menjadi isu kepada pentadbiran Mohd Najib.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (The Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA Act 2012) telah dibentangkan di Parlimen dan diluluskan bagi menggantikan ISA.

Namun kesilapan terbesar Mohd Najib ialah pentadbiran beliau dilihat berlembut dalam menggunakan bagi Sosma bagi menangani isu-isu ancaman ke atas keselamatan negara, menjaga hak raja-raja Melayu, agama Islam dan kedudukan bumiputera.

Ini menyebabkan rakyat marah dan merasakan penghapusan ISA merupakan satu kesilapan besar dalam usaha mengawal kestabilan dan keamanan Negara.

Rentetan itu, usaha Mohd Najib meneruskan pembaharuan undang-undang melalui penghapusan Akta Hasutan untuk digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional mula menimbulkan syak wasangka di kalangan rakyat terutamanya mereka yang berusia 40 tahun ke atas dan penganalisis serta pemerhati keselamatan Negara.

Keraguan ini ditambah lagi dengan individu-individu yang dilantik bagi menggubal Akta Keharmonian Nasional merupakan dari kumpulan pemimpin politik yang dilihat cenderung kepada liberalisme agama dan bangsa.

Hari ini kesungguhan kumpulan yang mahu mempertahankan Akta Hasutan boleh menjadi satu masalah kepada Mohd Najib dan kerajaan.

Jalan terbaik, kerajaan harus mengambil kira pandangan peguam-peguam, bekas-bekas pegawai kanan Polis dan para pemimpin politik yang pro Akta Hasutan agar Akta Keharmonian Nasional yang dirancang tidak dating dari buah fikiran kumpulan-kumpulan liberalis dan sekular seperti Saifudin Abdullah, Nasrudin Hassan Tantawi dan Majlis Peguam.

Selamat Hari Malaysia!

- Mohamad Socrates