Friday, June 23, 2017

Mahathir Nak Jatuh Najib Untuk Jadikan Dirinya Sebagai Perdana Menteri


Mahathir tidak menafikan bahawa dia bersedia untuk menjadi Perdana Menteri semula.  Kenyataan ini bermaksud perjuangan Mahathir selama dia menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini adalah untuk kepentingan peribadinya sendiri.

Bukan sebab rakyat sama sekali.

Kali ini bukan lagi tentang orang lain jadi PM dan dia mengawal macam remote control di belakang, tapi dia sendiri tu yang nak jadi PM.

Thursday, June 22, 2017

Busuk Punya Mahathir, Hari Raya Pun Nak Suruh Keluarga Bertekak Pasal Politik


Parti Mahathir terang-terang mahu rakyat - sepanjang cuti raya ini, bercakap tentang dakwaan terbaru DoJ yang antara lain menuduh Datin Sri Rosmah menerima cincin bernilai jutaan ringgit dari Jho Low.

Nama Rosmah pun takde dalam laporan DoJ tu tapi Mahathir mahu rakyat menggunakan peluang bercuti dan bertemu sanak saudara yang jarang berjumpa untuk bercakap hal fitnah politik ini.

Ini apa punya busuklah orang tua ni?  Dahlah bulan puasa menabur fitnah, hari raya pun nak rakyat bertekak pasal politik juga?

Walhal hari raya ni masa untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan ahli keluarga, bukan bertekak pasal politik apatah lagi yang berbaur fitnah seperti ini.

Monday, June 19, 2017

DoJ: Mahathir Terlupa Perkara Penting - BUKTI


Difahamkan kenyataan media DoJ baru-baru ini mengandungi lebih 250 mukasurat.  Banyak benda yang disentuh dalam itu mengenai kononnya harta yang diperolehi dari wang 1MDB yang dicuri.

Beli kapal layarlah, beli lukisanlah dan beli barangan kemaslah.  Padahal, tidak ada duit 1MDB yang hilang dan orang yang disebut itupun (Jho Low), memang diketahui seorang jutawan sebelum 1MDB wujud pun.

Mahathir dikenal pasti dalang utama disebalik kenyataan tersebut melalui Yayasan Clinton - seperti didedahkan Malaysia Today dan semua rakyat Malaysia tidak begitu mengambil tahu tentang perkara yang jelas konspirasi politik semata-mata.


Apa pun, dari beratus mukasurat, Mahathir terlupa meletakkan penanda aras yang penting untuk mana-mana pendedahan seperti itu - BUKTI.  Hanya kerana ia disiarkan oleh DoJ, bukan  bermaksud itu adalah BUKTI kerana walau di Amerika sekalipun, pengadilan dilakukan di Mahkamah, bukan DoJ.

Friday, June 16, 2017

DoJ: Semua Orang Tahu Kerja Mahathir


Tindakan undang-undang sivil DoJ ke atas beberapa individu dan organisasi seperti dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, sebenarnya tidak langsung ada kena mengena dengan kerajaan Malaysia dan 1MDB.

Individu dan entiti yang dinamakan dalam saman tersebut, Jho Low Teck, Low Taek Szen, JW Hospitality Ltd., FFP Ltd, Mubadala Development Company PJSC, Viceroy Hotel Group dan Jynwel Capital Ltd, langsung atau tidak langsung, sama sekali tidak ada kaitan dengan kerajaan Malaysia dan 1MDB.

Justeru, ramai melihat ini hanyalah ulangan kepada plot politik yang sama tahun lepas.  Buktinya, selain Mubadala, lain-lain individu dan entiti yang dinamakan dalam saman kali ini adalah sama dengan saman tahun lepas.

Wednesday, June 14, 2017

Apa Bukti 2 Exco Armada Ada Kaitan Dengan UMNO?


Semua orang tahu, demokrasi, kebebasan bersuara adalah pantang besar kepada Mahathir.  Semasa dalam UMNO, 2 perkara itu hampir menyebabkan dia kalah pemilihan tahun 1987.  Tersedar dari tu, Mahathir haramkan UMNO, tubuh baru dan perkenal sistem kuota.

Dengannya (sistem kuota), hampir mustahil untuk sesiapa mencabar jawatan Mahathir.

Justeru, bila berlaku pemberontakan 2 Exco Armada dalam partinya sendiri, sikap diktator Mahathir terserlah.  Dia mengarahkan anaknya, Mukhriz buat kenyataan bahawa 2 Exco itu akan dihadap ke jawatankuasa disiplin PPBM, kononnnya ini orang UMNO.

Monday, June 12, 2017

Mukhriz Cakap Tak Serupa Bikin!!


Media melaporkan Mukhriz akan membawa Exco Armada Bersatu, Muhammad Hafiz Azhar ke Lembaga Disiplin parti itu kerana mengkritik bapanya dan dia sendiri baru baru ini.  

Hafuz kelmarin mengadakan sidang media bersama kumpulannya dalam Bersatu, mempersoalkan sumber kekayaan Mahathir anak beranak dan skandal Muhyidddin Yassin bersama apa yang dulu, isteri orang.

Kita semua masih ingat, ketika dibuang dari UMNO, Mukhriz ke hulu ke hilir mendakwa bahawa tindakan itu diambil kerana dia berani bersuara menentang Presiden UMNO dalam isu 1MDB dan UMNO sudah tidak demokratik lagi kerana menghalang kebebasan bercakap.

Friday, June 9, 2017

Orang Felda Masih Ingat Sengsara Hidup Dibawah Mahathir


Cakap-cakap konon masyarakat Felda akan menolak kerajaan BN berikutan kemelut yang berlaku antara Isa Samad dan Zakaria Arshad dalam FGV, tidak lebih dari cakap politik semata-mata.

Memang di kalangan peneroka Felda bukan semua menyokong kerajaan tapi Pakatan bukanlah pengganti terbaik kepada BN dalam hal menjaga kebajikan peneroka Felda.  Felda ni kita kena ingat, ia berkaitan dengan orang Melayu dan tanah, apa kelebihan Pakatan dalam dua isu itu?

Lagipun dengan Mahathir sedang menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri semula, ingat orang Felda nak sokong Pakatan ke?  Orang Felda belum lupa lagi kesengsaraan mereka semasa Mahathir jadi Perdana Menteri dulu terutama bila harga getah jatuh ke paras 50 sen sekilo hujung 90-an dulu.

Ingat orang lupa ke?  Memanglah turun naik harga getah bukan di tangan Mahathir tapi apa yang kerajaan Mahathir lakukan untuk meringan beban peneroka waktu itu?  Takde apa, sehingga ramai peneroka terpaksa membuat lebih dari 2 kerja untuk menampung kehidupan waktu itu.

Wednesday, June 7, 2017

Muhyiddin Catat Sejarah Disaman Bekas Ahli Parti Belum Setahun Usianya


Huru hara dalam Bersatu mencatat sejarah baru semalam bila seorang bekas ahli Bersatu Rembau, menyaman bekas Presidnnya Muhyiddin Yassin kerana memfitnah.

Menarik dalam kes saman itu kerana dalam sejarah politik negara ini rasanya, belum pernah berlaku keadaan yang seperti ini untuk sebuah parti baru macam Bersatu - belum pun setahun usianya.

Sebelum Presidennya disaman semalam, Bersatu mengalami pelbagai pergolakan seperti ahli keluar parti secara beramai-ramai, pengasas pun keluar parti, bahagian yang tidak diuruskan dengan baik, isu kronisma dan sebagainya. 

Monday, June 5, 2017

Perdana Menteri: Impian Mahathir Berkubur, Anwar Tunjuk Jalan Keluar


Pandai akhbar-akhbar memilih tajuk berhubung komen Anwar ke atas hasrat Mahathir untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua.

Bukanlah dengan mengatakan sedemikian, hebat mana pun Anwar tu. Dia pun lebih kurang Mahathir juga - tidak layak untuk bercakap siapa patut atau tidak patut menjadi Perdana Menteri, apatah lagi masih bergelar banduan yang sedang menjalani hukuman kerana meliwat.

Orang macam ini nak sembahyang Jumaat pun tak wajib (sebab tak merdeka) apatah lagi nak cakap siapa patut tak patut jadi Perdana Menteri.  Dosa pahala memilih peliwat jadi pemimpin ni kita cakap kemudianlah, kang jadi panjang pulak cerita tentang Mahathir ni.

Friday, June 2, 2017

Hantu Raya Saja Makan Tak Kenyang-Kenyang Ni


Bukan rahsia malah banyak dicakapkan dimana-mana, ketika diminta mengulas tentang perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri lebih 14 tahun dulu, Mahathir antara lain memetik pesan ibunya, agar dia, "berhenti makan sebelum kenyang".

"Pesan" itu begitu hebat diperkatakan, sehingga ada orang ingat, itu memang pesan asal dari ibu Mahathir sedangkan hal yang sebenarnya, itu adalah sunnah Rasulallah saw tapi Mahathir mengaitkan itu dengan ibunya.

Apa pun, tak kisahlah tentang itu, yang pentingnya sekarang, dengan Mahathir bercita-cita untuk kembali menjadi Perdana Menteri ni, kita hairan apa benda makhluknya Mahathir ni yang "tak kenyang-kenyang"?  Tahu kita, hantu raya saja yang makan tak kenyang-kenyang ni.

Thursday, June 1, 2017

Negarawan Jenis Apa Bela Orang Lari Cukai?


Cukai, apa nama sekalipun adalah satu cara membiayai perbelanjaan negara ini, selain pinjaman domestik dari KWSP, hasil minyak dan sebagainya.

Tanpa cukai, kerajaan boleh lumpuh, apatah lagi nak menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat. Bagi negara bersubsidi tinggi seperti negara kita, pungutan cukai adalah penting untuk membiayai semua subsidi kerajaan.

Oleh yang demikian, bila Mahathir mempertahankan 2 kroninya yang dikenakan tindakan oleh LHDN kerana gagal membayar cukai, orang jadi pelik?  Negarawan apa macam ini bela orang tak bayar cukai?