Monday, August 31, 2015

Mahathir Kata Mukhriz Terima Duit Rasuah


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menghadiri himpunan haram Bersih 4.0 semalam mendakwa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah memberi rasuah kepada semua ahli parlimen dan Ketua Bahagian UMNO.


Mahathir Dan Politik Ular Menyusur Akar

 
 
Menghairankan-kah apabila mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad tiba-tiba muncul memberi sokongan kepada Perhimpunan haram Bersih 4 menjelang maghrib Sabtu, 29 Ogos lalu?

Saturday, August 29, 2015

Bersih 4: Makan Taik Sendiri Saja Yang Mahathir & Hasmah Belum Buat Lagi


Penentangan Mahathir terhadap demonstrasi haram bukan satu cerita baru.  Bezanya dulu, kuasa polis digunakan sepenuhnya untuk mematahkan setiap demonstrasi yang diadakan untuk menjejaskan pentadbirannya.

Ini jelas dan nyata, menafikannya pun hanya membodohkan diri sendiri.

Justeru, penyertaan Mahathir dalam perhimpunan Bersih 4.0 hari ini menunjukkan orang tua ini memang betul-betul sudah tidak waras lagi sehingga hilang kredebiliti dan ketokohannya sebagai seorang negarawan.

Tapi harapannya kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak terlalu berlebih-lebihan dalam menangani perkara ini kerana bukan pertama kali berlaku bekas Perdana Menteri menyokon pembangkang.  

(Bekas Perdana Menteri) Menyokong demo betul lah tapi menyokong pembangkang bukan pertama kali. Ia pernah berlaku dulu dan ia sudah berlaku lagi.

Mahathir Mahu Bodohkan Rakyat


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat semakin hari semakin cuba memperbodohkan rakyat di negara ini.

Istana Kedah Mahu Mukhriz Dipecat Sebagai MB?

 
 
Desas desus yang mengatakan Datuk Seri Mukhriz tidak sempat menghabiskan penggal pemerintahan beliau berikutan rasa kurang senang rakyat Kedah terhadap corak pemerintahan beliau bukanlah satu perkara yang pelik.
 

Mukhriz Taja Anina Saman Najib



Ramai yang terkejut apabila portal-portal pembangkang melaporkan berita ahli Wanita UMNO,Anina Saadudin yang memfailkan saman terhadap Presiden UMNO berkaitan dana RM2.6 bilion.


Thursday, August 20, 2015

Rahsia Kenapa Pembeli Proton Dipaksa Guna Pakej Internet YES


Mungkin ada orang tidak sedar bahawa semua  pembeli kenderaan baru Proton hari ini akan diberikan pakej Internet 4G YES secara percuma.  Promosinya agak kabur, kata setahun (RM 60 sebulan) tapi ada rungutan yang penulis baca, baru guna 2 minggu dah tak boleh pakai, kena topup la pulak.

Percuma apa macam itu?  Rasanya macam tertipu.  Sudahlah kereta proton baru pun banyak masalah sekarang ni.  Tungkap tu dah biasa, kali ni katanya wiper pun problem, tengah-tengah hujan lebat, ia berhenti berfungsi, sekarang kena paksa subscribe pakej internet yang mahal pulak.

Bila dikaji-kaji, pakej data yang diberikan percuma kononnya ni, hanya sebanyak 2GB sahaja.  2GB hari ini hanya digunakan oleh golongan miskin tegar bandar, tapi itulah yang diberikan Proton kepada pelanggannya.

Caj mahal pulak tu, RM 68 sebulan (tak campur GST). 

Walhal, ada banyak lagi pakej yang lebih menarik dalam pasaran tapi kenapa pakej YES 4G ini juga yang jadi pilihan Proton?  Ada penyedia perkhidmatan lain yang menawarkan pakej lagi menarik dari iru, contohnya RM 68 boleh dapat 7GB data (waktu puncak) dengan U-Mobile.

JKNMPP Perlu Siasat Dana Politik Sejak Zaman Mahathir


Keputusan Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) sebagai pembuka jalan kepada mewujudkan undang-undang mengesan sumber dana oleh parti-parti politik, menimbulkan rasa kurang senang Mahathir.

Tak pasti siapa yang minta pendapat dia ini dan wartawan bodoh mana pulak yang menanyakan soalan tersebut.  Tua kutuk itu sedang menyampah dengan Najib kerana tidak membantu kroni-kroninya, lagi nak tanya pendapat dia pasal Najib?  

Buruk buruk sajalah yang keluar.

Dalam keadaan sekarang, Najib sembahyang pun dia kata tak sah!!  Mahathir ni gila, jangan buat main.

Begitupun, jelas disitu Mahathir tidak senang, maksudnya adalah benda yang dibimbangkannya tu.  Mungkin dia takut JKNMPP ini menyiasat penerimaan dana oleh parti-parti politik termasuk ketika dia menjadi Presiden UMNO.

Mukhriz Kalau Nak Jadi Anak Bapak, Berhenti Jadi MB Kedah


Tindak tanduk Mukhriz Mahathir kebelakangan ini dah semakin sama dengan Muhyiddin Yassin sebelum kena buang hari itu.  Dia semakin menonjolkan dirinya sebagai pro Mahathir dari pro kerajaan.

Semalam Mukhriz sentuh tentang GST, cadangkan kerajaan untuk turunkan kepada 3%.  Kelmarin dia buat bising pasal dana RM 2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib pada tahun 2013.

Ini semua kenyataan mencari penyakit.  Cakap pasal dana, apakah bahagian Jerlun tu tak pernah dapat dana dari HQ UMNO?  PAS sampai tumbang di Kedah dapat dana dari mana? Mukhriz cari sendiri, Vincent Tan bagi atau bapanya Mahathir tu bagi.

Part nombor 3 tu mustahil sebab Mahathir ni tangkai jering.  Duit Petronas duit dia, duit dia duit dia - macam itulah falsampahnya.

Monday, August 17, 2015

Undi Tidak Percaya: Dalang Dah Tahu, Ambil Tindakan Cepat


Penulis difahamkan, manusia yang nenjadi dalang kepada gerakan untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui undi tidak percaya, telah dikenalpasti.

Ahli-ahli parlimen BN yang terlibat dengan gerakan tersebut juga katanya telah diketahui siapa mereka.

Justeru, sampailah masanya untuk UMNO/BN mengambil tindakan cepat ke atas dalang yang terlibat kerana jelas ini adalah cuba untuk menggulingkan kerajaan.  Selepas Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak ada pemimpin yang lebih berkaliber untuk menerajui Malaysia, jadi ini memang kerja nak jahanamkan negara.

Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Dr. Zahid Hamid, sekalipun dilihat calon yang paling sesuai, tapi beliau mempunyai kekurangan dari segi jawatan politik kerana masih lagi bergelar Naib Presiden UMNO.

Saturday, August 15, 2015

Mat Said: Macam Manalah Si Bebal Ini Dapat Jadi MB Dulu


Pada yang masih tidak ingat kronologi penyingkiran Mat Said sebagai MB Terengganu dulu, biarlah penulis sinopsiskan kisahnya sekejap.

Selepas prestasi buruk BN di Terengganu pasca PRU13, Mat Said bersetuju untuk berundur dengan syarat diberikan tempoh setahun untuk menyelesaikan tugas.  Katanya, ada perjanjian bertulis ditanda tangani antara Mat Said dan Perdana Menteri.

Bila tempoh setahun sampai, Mat Said mungkir janji dan akhirnya keputusan dibuat dan Mat Said disingkirkan untuk diganti dengan Ahmad Razif.

Itu lebih kurang jalan ceritanya.

Tapi hari ini Mat Said sudah jadi macam hero.  Dia mendakwa dipecat bukan kerana prestasi buruk UMNO Terengganu dalam PRU13 tapi kerana dia membantah permintaan 1MDB untuk memajak telaga minyak di perairan negeri tersebut.

Friday, August 14, 2015

Muhyiddin Yang Bocor Maklumat Perbankan Najib Kepada Mahathir?


Siasatan derma politik RM 2.6 billion ke dalam akaun Perdana Menteri mutakhir ini, tidak menampakkan sebarang kebocoran datangnya dari agensi seperti Bank Negara Malaysia dan pejabat Peguam Negara. seperti yang disangka ramai orang sebelum ini.

Maklum sajalah, 2 jabatan itu telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri ketika nak membawa masuk wang tersebut dulu dan hanya mereka sahaja yang ada maklumat tersebut.

Jadi persoalannya sekarang, siapa yang bocor maklumat tersebut kepada WSJ dan Sarawak Report?

Tinggal satu sahaja lagi suspek utama iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Meskipun Muhyiddin dah menafikan penglibatan dalam komplot nak menjatuhkan Perdana Menteri tapi Muhyiddin belum berbunyi lagi pasal kebocoran maklumat perbankan tersebut.

Tambat Ringgit: Mahathir Belajar Dari Israel

Gambar Hiasan
Selama berpuluh tahun Mahathir menampakkan dirinya sebagai jaguh anti Israel kepada rakyat Malaysia, tapi hakikat yang sebenarnya Mahathir adalah pengikut setia Israel dan sering kali menjadikan negara itu sebagai contoh dalam apa jua tindakannya.

Tidak terkecuali dalam hal ini ialah tambatan ringgit.  Pada 1998, bila ringgit ditambat, Mahathir sebenarnya meniru apa yang pernah dilakukan Israel pada 1985, apabila negara itu menambat matawang Shekelnya kepada dollar akibat dari peningkatan inflasi yang mendadak.

Bagi mengelakkan krisis yang lebih besar, Israel telah menambat matawangnya itu kepada dollar - sama seperti yang Mahathir lakukan pada tahun 1998.  Sebelum itu Israel telah menggunakan pelbagai cara seperti menukar nama matawanganya dari lira ke pound ke shekel dan seterusnya untuk menurunkan inflasi, tapi tidak berjaya.

Wednesday, August 12, 2015

Bukit Jalil: Apa Tujuan Bajet RM 1 Billion? Nak Dapat Derma Politik?


Rakyat begitu marah dengan tindakan Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaludin mengemukakan peruntukkan sehingga RM 1 billion untuk kerja-kerja pengubahsuaian Kompleks Sukan Bukit Jalil bagi tujuan mengadakan Sukan SEA.

Dalam keadaan ekonomi sekarang jumlah itu sangat besar untuk dibazirkan begitu saja.

Jumlah wang yang besar itu tidak masuk akal dengan kos penganjuran acara sukan sekecil Sukan SEA.  Ini bukan sukan Olimpik atau sukan Komanwel yang lebih berprestij, tapi sukan SEA yang tidak ada nilai sama sekali.

Itupun perlukan RM 1 Billion?  Mana rakyat tak naik darah.

Khairy juga yang mempersoalkan perbelanjaan besar yang dikeluarkan kementerian lain, dia sendiri pun mahu belanja besar untuk kos pengubahsuaian Kompleks Sukan yang dari segi sejarahnya, diperolehi secara percuma oleh kerajaan pada tahun 1998 dulu.

Sunday, August 9, 2015

Kalau Shafie Apdal PM, Dia Nak Lantik Musa Aman Menteri Tak?


Kata bekas Menteri, Shafie Apdal, nak jadi Menteri kabinet dibawah Datuk Seri Najib Tun Razak ini mudah, hanya perlu angguk saja.  Gambarannya disitu ialah, seorang Perdana Menteri perlulah berlapang dada dan tidak kisah melantik penentang kuatnya menjadi Menteri.

Maksudnya disitu, Mahathir dulu perlu lantik Tengku Razaleigh jadi Menteri setelah S46 dibubarkan pada 1996, Tun Abdullah perlu lantik  Mahathir jadi Senator dan seterusnya Menteri dan yang semacam itu.  Contoh, contohlah kita cakap ni, bukan betul jadi pun.

Walaupun hanya contoh, apa yang penulis nak kata ialah semua itu tidak akan berlaku.  Tak ada satu Perdana Menteri pun (lebih-lebih lagi jenis macam Mahathir) akan lantik seteru politiknya jadi Menteri kabinet

Shafie sendiri pun kalau (kalau lagi) ada peluang jadi Perdana Menteri, dia pun akan lantik Musa Aman jadi Menteri atau Ketua Menteri tak?  Ini cakap terus teranglah ni kan, nak selindung-selindung buat apa.

Saturday, August 8, 2015

Cakap Macam Tak Terkilan Tapi Bunyi Macam Orang Gila Talak


Kata Muhyidin Yassin dalam perasmian mesyuarat bahagian Pagoh hari ini, dia tidak terkilan digugurkan dari kabinet, katanya itu kuasa Allah swt dan dia menerimanya.

Tapi setakat itu sajalah nampak jujurnya Muhyiddin.

Baki ucapan selepas itu  penuh dengan ayat-ayat yang membawa maksud tidak puas hati kerana digugurkan, siap isytihar tidak akan meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO - seolah-olah ada usaha oleh Perdana Menteri nak membuang dia dari UMNO.

Macam ayat orang gila talak lah senang kata.  "Saya redha kena cerai, dah memang takdir jodoh saya dengan dia sampai sini tapi jantan tu memang tak berguna, bukan ada tanggungjawan" - contoh macam inilah supaya senang faham.

Kepada Muhyiddin penulis nak cakap, jangan bimbang, Najib bukan jahat macam itu.  Melalak di luar kabinet dengan melalak dalam kabinet adalah 2 perkara berbeza.  Tak siapa nak bagi perhatian kalau Timbalan Presiden UMNO bercakap tapi semua mata terbukak kalau Timbalan Perdana Menteri bercakap.

Muhyiddin Digugurkan Kerana Mahu Gulingkan Najib



Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan da­ri­pada jawatan Timbalan Perdana Menteri bukan disebabkan oleh isu yang melanda syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Deve­lopment Berhad (1MDB).


Friday, August 7, 2015

Bukan PasMA Saja Tak Mahu Mukhriz


Dalam sejarah negara kita, belum pernah berlaku seorang Menteri Besar yang badannya di Kedah tapi hatinya di Kuala Lumpur.  Tiap-tiap minggu balik KL meninggalkan rakyat negeri nak hidup pandailah macam mana.

Tak hairan kenapa banyak pihak dalam dan luar parti di Kedah mahu Mukhriz anak Mahathir ini melepaskan jawatan Menteri Besar untuk digantikan dengan orang lain yang lebih berkelayakan dan meluangkan masa di Kedah dari di KL.

Bukan rahsia majoriti ketua bahagian UMNO tidak sukakan Mukhriz, sekarang PasMA yang juga pecahan dari PAS juga mahu Mukhriz digantikan.  Tak beberapa lama sebelum ini, bekas calon Ketua Pemuda yang kalah dalam pemilihan 2013, Syed Rosli Jamalulail juga mahu Mukhriz dipecat.

Lagipun, kita tahu Datuk Seri Najib Tun Razak diikat kaki dan tangannya oleh Mahathir untuk melantik Mukhriz sebagai Menteri Besar sebelum PRU13 yang lepas atau jika tidak banyaklah benda yang tak sepatutnya dibangkitkan, dibangkitkan.

Wednesday, August 5, 2015

Siapa 'Shasha' Di Hati Khaled Nordin? - Tanya Netizen


Tindakan salah seorang anak Menteri Besar Johor,Datuk Seri Khalid Nordin mempertikai sumbangan politik yang diterima Datuk Seri Najib Tun Razak, mencetus beberapa persoalan baru yang jarang di dengar mengenai peribadi Khaled sendiri untuk dijawab anaknya itu di laman FB miliknya.

Antaranya, seorang bernama 'Shasha' yang dikatakan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Khaled.  Menariknya, Shasha bukanlah seorang wanita!!

Cerita-cerita seumpama ini sudah tentu menarik perhatian rakyat Malaysia yang sukakan berita-berita sensasi.  Soal betul atau tidak, kemudian, yang penting sensasi disebalik cerita itu yang menjadi keutamaan dulu.

Tak pasal-pasal, akibat perbuatan anaknya, Khaled kini terbeban dengan desakan untuk menjawab siapakah Shasha dan apakah hubungan yang dimaksudkan.  Walaupun tidak dinyatakan dengan jelas, tapi ramai mahu tahu adakah Khaled juga mempunyai sisi gelap yang sama dengan Anwar?

Begitupun, suka dijelaskan disini  adalah salah untuk menuduh Khaled dengan kegiatan-kegiatan yang tidak betul itu sehingga beliau dibuktikan bersalah.  Gosip-gosip begini begitu biasa di kalangan ahli politik.  

Tuesday, August 4, 2015

Fitnah Najib & 1MDB: Perlukah Mahathir Buat Harakiri?


Macai-macai Mahathir sedang memikirkan cara terbaik untuk mengembalikan maruah pemimpin sanjungan mereka yang terbukti menipu bila menuduh USD 700 juta yang didakwa dimasukkan dalam akaun Perdaana Menteri, datang dari 1MDB.

Dari memutar belit kenyataan beberapa orang yang didakwa penyokong Najib, sehinggalah menuduh SPRM dibawah kongkongan Najib, semuanya nampak tak jalan.  Orang masih mendesak kaitan dengan 1MDB ini dijelaskan oleh si penuduh.

Penulis suka mencadangkan, sekiranya tidak nampak jalan, adalah lebih baik Mahathir melakukan harakiri seperti mana yang dilakukan di Jepun.  Ini saja cara untuk kelihatan kekal bermaruah sekalipun telah tiada.

Harakiri adalah cara terbaik kerana minta maaf bukan cara Mahathir.  Mahathir mana pernah minta maaf sekalipun dia membenarkan tindakan tembak sampai mati 14 penyokong PAS di Memali pada November 1985.

Tidak pasti sama ada ia arahan Mahathir atau tidak, tapi yang pasti Mahathir membenarkan ia berlaku kerana Mahathir berada dalam negara ketika serangan dimulakan pada 19 September 1985.  Esoknya baru Mahathir berlepas ke China untuk mengadakan lawatan rasmi.

Lagipun Mahathir adalah pelopor dasar pandang ke timur (merujuk kepada Jepun).  Semua tentang Mat Salleh ini tidak baik, Jepun saja yang baik.  Maka itu bolehlah harakiri ini diguna pakai Mahathir untuk memelihara maruahnya yang telah tercemar.

*Harakiri yang dimaksudkan dalam artikel ini adalah harakiri politik

Monday, August 3, 2015

Waspada Ancaman Dari Pemuda UMNO Johor


Bukan rahsia pelbagai gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak adalah bermula dari Johor. Dikatakan bahawa 16 dari 26 Ketua Pemuda bahagian UMNO negeri tersebut, menentang kepimpinan DS Najib.

Majoriti kumpulan 5 sekawan Pemuda UMNO yang secara terang menubuhkan gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri (tapi gagal) baru-baru ini juga adalah disokong kuat oleh kepimpinan pemuda Johor.

Perkembangan ini tidak menghairankan kerana Pemuda UMNO negeri itu dilihat semakin hilang semangat kemelayuannya (perihal taat kepada ketua) bila semakin banyak kawasan dalam negeri berkenaan mula dikuasai oleh DAP.

Justeru, sementara Perdana Menteri menerima kekuatan dari majoriti bahagian UMNO diseluruh negara yang menerima rombakan kabinet dan pengguguran Muhyiddin Yassin baru-baru ini, kita juga jangan alpa dengan gerakan penentangan yang bermula dari selatan.