Sunday, August 9, 2015

Kalau Shafie Apdal PM, Dia Nak Lantik Musa Aman Menteri Tak?


Kata bekas Menteri, Shafie Apdal, nak jadi Menteri kabinet dibawah Datuk Seri Najib Tun Razak ini mudah, hanya perlu angguk saja.  Gambarannya disitu ialah, seorang Perdana Menteri perlulah berlapang dada dan tidak kisah melantik penentang kuatnya menjadi Menteri.

Maksudnya disitu, Mahathir dulu perlu lantik Tengku Razaleigh jadi Menteri setelah S46 dibubarkan pada 1996, Tun Abdullah perlu lantik  Mahathir jadi Senator dan seterusnya Menteri dan yang semacam itu.  Contoh, contohlah kita cakap ni, bukan betul jadi pun.

Walaupun hanya contoh, apa yang penulis nak kata ialah semua itu tidak akan berlaku.  Tak ada satu Perdana Menteri pun (lebih-lebih lagi jenis macam Mahathir) akan lantik seteru politiknya jadi Menteri kabinet

Shafie sendiri pun kalau (kalau lagi) ada peluang jadi Perdana Menteri, dia pun akan lantik Musa Aman jadi Menteri atau Ketua Menteri tak?  Ini cakap terus teranglah ni kan, nak selindung-selindung buat apa.

Jangan tanyalah kenapa Musa Aman, orang putih kata you know, I know sudahlah.

Tak logik sama sekali jadi Menteri sebab kaki angguk.  Yang penulis tahu Shafie jadi Menteri kabinet Najib psebab kedudukannya dalam UMNO pada 2009, ditambah dengan faktor yang dia tidak cuba mensabotaj kerajaan dan Perdana Menteri pada ketika itu.

Kalau betul pun dapat jadi Menteri kerana kaki angguk, maksudnya Shafie ni dulu kaki angguk jugalah, Mungkin dia sajalah kot Menteri macam itu, dan seorang lagi, tapi bukan anggota kabinet yang lain.

Jangan lupa satu perkara, kalau tak kena pecat hari tu, Shafie masih menteri lagi sekarang ni.  Kalau dia letak jawatan tu lainlah nak tuduh yang lain tu dapat jadi Menteri kerana kaki angguk, ini kena pecat.

No comments:

Post a Comment