Monday, August 3, 2015

Waspada Ancaman Dari Pemuda UMNO Johor


Bukan rahsia pelbagai gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak adalah bermula dari Johor. Dikatakan bahawa 16 dari 26 Ketua Pemuda bahagian UMNO negeri tersebut, menentang kepimpinan DS Najib.

Majoriti kumpulan 5 sekawan Pemuda UMNO yang secara terang menubuhkan gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri (tapi gagal) baru-baru ini juga adalah disokong kuat oleh kepimpinan pemuda Johor.

Perkembangan ini tidak menghairankan kerana Pemuda UMNO negeri itu dilihat semakin hilang semangat kemelayuannya (perihal taat kepada ketua) bila semakin banyak kawasan dalam negeri berkenaan mula dikuasai oleh DAP.

Justeru, sementara Perdana Menteri menerima kekuatan dari majoriti bahagian UMNO diseluruh negara yang menerima rombakan kabinet dan pengguguran Muhyiddin Yassin baru-baru ini, kita juga jangan alpa dengan gerakan penentangan yang bermula dari selatan.

Kalau perlu dibuat rombakan besar-besaran, lakukanlah, malah kalau perlu digugurkan Muhyidin sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk menamatkan pemberontakan ni, lakukanlah dengan segera kerana UMNO sudah tidak ada masa untuk bertelagah.

Muhyiddin kini umpana ular yang menunggu masa dan peluang untuk mematuk.  Yang kita nak simpan dia dalam UMNO lagi kenapa?





No comments:

Post a Comment