Monday, August 31, 2015

Mahathir Kata Mukhriz Terima Duit Rasuah


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menghadiri himpunan haram Bersih 4.0 semalam mendakwa Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah memberi rasuah kepada semua ahli parlimen dan Ketua Bahagian UMNO.




Menurut Mahathir atas sebab itu mereka enggan menyokong komplot untuk untuk mengguling Perdana Menteri.

Kenyataan itu sudah pasti disokong oleh pendokong pakatan rakyat dan mereka yang bencikan UMNO, kerana merasakan ia merupakan peluru untuk terus menyerang kepimpinan kerajaan.

Persoalannya, apakah ini bermaksud anak kesayangannya, Datuk Seri Mukhriz turut menerima rasuah yang dikatakan itu?

Ini kerana  Menteri Besar Kedah itu merupakan Ketua UMNO Bahagian Jerlun.

Disebabkan itu, Mukriz perlu tampil menjelaskan dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir itu tambahan pula ia membabitkan isu integriti dan moral beliau sebagai pegawai pentabiran kerajaan.

Isunya, beranikah Mukhriz tampil menjelaskan perkara sebenar atau bersembunyi disebalik bayang-bayang bapanya sepeti yang sering dilakukan sebelum ini.

2 comments: