Macai-macai Mahathir sedang memikirkan cara terbaik untuk mengembalikan maruah pemimpin sanjungan mereka yang terbukti menipu bila menuduh USD 700 juta yang didakwa dimasukkan dalam akaun Perdaana Menteri, datang dari 1MDB.
Dari memutar belit kenyataan beberapa orang yang didakwa penyokong Najib, sehinggalah menuduh SPRM dibawah kongkongan Najib, semuanya nampak tak jalan. Orang masih mendesak kaitan dengan 1MDB ini dijelaskan oleh si penuduh.
Penulis suka mencadangkan, sekiranya tidak nampak jalan, adalah lebih baik Mahathir melakukan harakiri seperti mana yang dilakukan di Jepun. Ini saja cara untuk kelihatan kekal bermaruah sekalipun telah tiada.
Harakiri adalah cara terbaik kerana minta maaf bukan cara Mahathir. Mahathir mana pernah minta maaf sekalipun dia membenarkan tindakan tembak sampai mati 14 penyokong PAS di Memali pada November 1985.
Tidak pasti sama ada ia arahan Mahathir atau tidak, tapi yang pasti Mahathir membenarkan ia berlaku kerana Mahathir berada dalam negara ketika serangan dimulakan pada 19 September 1985. Esoknya baru Mahathir berlepas ke China untuk mengadakan lawatan rasmi.
Lagipun Mahathir adalah pelopor dasar pandang ke timur (merujuk kepada Jepun). Semua tentang Mat Salleh ini tidak baik, Jepun saja yang baik. Maka itu bolehlah harakiri ini diguna pakai Mahathir untuk memelihara maruahnya yang telah tercemar.
*Harakiri yang dimaksudkan dalam artikel ini adalah harakiri politik
No comments:
Post a Comment