Gambar Hiasan |
Selama berpuluh tahun Mahathir menampakkan dirinya sebagai jaguh anti Israel kepada rakyat Malaysia, tapi hakikat yang sebenarnya Mahathir adalah pengikut setia Israel dan sering kali menjadikan negara itu sebagai contoh dalam apa jua tindakannya.
Tidak terkecuali dalam hal ini ialah tambatan ringgit. Pada 1998, bila ringgit ditambat, Mahathir sebenarnya meniru apa yang pernah dilakukan Israel pada 1985, apabila negara itu menambat matawang Shekelnya kepada dollar akibat dari peningkatan inflasi yang mendadak.
Bagi mengelakkan krisis yang lebih besar, Israel telah menambat matawangnya itu kepada dollar - sama seperti yang Mahathir lakukan pada tahun 1998. Sebelum itu Israel telah menggunakan pelbagai cara seperti menukar nama matawanganya dari lira ke pound ke shekel dan seterusnya untuk menurunkan inflasi, tapi tidak berjaya.
Tambatan Shekel kepada dollar itulah yang akhirnya menstabilkan nilai Shekel dan seterusnya mengekang kenaikan inflasi di Israel. Mahathir tiru yang ini kalau semua orang nak tahu.
Rakyat tak perasan sebab pendekatan yang diambil Mahathir samalah macam dia mendakwa sebagai jaguh Melayu.
Dalam orang kata dia ultra Melayu (dia sendiri pun ada mengaku), senyap-senyap di belakang, Mahathir mengkayakan kroni-kroni dari kalangan orang cina dan India seperti Vincent Tan, Ananda Krishnan dan ramai yang lain.
Melayu adalah seorang dua tapi bukan Melayu lebih ramai dan lebih kaya, lihat senarai 10 orang terkaya di Malaysia cukup, hanya 2 orang Melayu, itupun salah seorang itu anaknya sendiri, Mokhzani.
Kita semua sebenarnya ditipu Mahathir berpuluh-puluh tahun.
No comments:
Post a Comment