Dalam sejarah negara kita, belum pernah berlaku seorang Menteri Besar yang badannya di Kedah tapi hatinya di Kuala Lumpur. Tiap-tiap minggu balik KL meninggalkan rakyat negeri nak hidup pandailah macam mana.
Tak hairan kenapa banyak pihak dalam dan luar parti di Kedah mahu Mukhriz anak Mahathir ini melepaskan jawatan Menteri Besar untuk digantikan dengan orang lain yang lebih berkelayakan dan meluangkan masa di Kedah dari di KL.
Bukan rahsia majoriti ketua bahagian UMNO tidak sukakan Mukhriz, sekarang PasMA yang juga pecahan dari PAS juga mahu Mukhriz digantikan. Tak beberapa lama sebelum ini, bekas calon Ketua Pemuda yang kalah dalam pemilihan 2013, Syed Rosli Jamalulail juga mahu Mukhriz dipecat.
Lagipun, kita tahu Datuk Seri Najib Tun Razak diikat kaki dan tangannya oleh Mahathir untuk melantik Mukhriz sebagai Menteri Besar sebelum PRU13 yang lepas atau jika tidak banyaklah benda yang tak sepatutnya dibangkitkan, dibangkitkan.
Macam sekarang.
Dengan perkembangan semasa dimana Mahathir terang-terang mahu Najib berundur, Najib tidak lagi terikat dengan Mahathir dan beliau bebas untuk menyingkirkan Mukhriz dari kerusi Menteri Besar Kedah seperti mana Muhyiddin disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Senang sangat kerjanya tu kerana pengaruh Mukhriz tidak sebesar Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO (dipilih).
No comments:
Post a Comment