Monday, August 17, 2015

Undi Tidak Percaya: Dalang Dah Tahu, Ambil Tindakan Cepat


Penulis difahamkan, manusia yang nenjadi dalang kepada gerakan untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat melalui undi tidak percaya, telah dikenalpasti.

Ahli-ahli parlimen BN yang terlibat dengan gerakan tersebut juga katanya telah diketahui siapa mereka.

Justeru, sampailah masanya untuk UMNO/BN mengambil tindakan cepat ke atas dalang yang terlibat kerana jelas ini adalah cuba untuk menggulingkan kerajaan.  Selepas Datuk Seri Najib Tun Razak, tidak ada pemimpin yang lebih berkaliber untuk menerajui Malaysia, jadi ini memang kerja nak jahanamkan negara.

Timbalan Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Dr. Zahid Hamid, sekalipun dilihat calon yang paling sesuai, tapi beliau mempunyai kekurangan dari segi jawatan politik kerana masih lagi bergelar Naib Presiden UMNO.

Agak ganjil dan aneh untuk Naib Presiden parti yang mendapat sokongan majoriti terbesar di Parlimen - dilantik menjadiPerdana Menteri menggantikan Presiden parti bila masih ada Timbalan Presiden duduk di tengah-tengah dan Presiden pun masih hidup.

Jadi ini memang gerakan nak jahanamkan negara dan sewajarnyalah UMNO/BN mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat.  Ini juga boleh disifatkan sebagai pengkhianatan kepada parti kerana bersekongkol dengan wakil dari parti lawan.

.

No comments:

Post a Comment