Mungkin ada orang tidak sedar bahawa semua pembeli kenderaan baru Proton hari ini akan diberikan pakej Internet 4G YES secara percuma. Promosinya agak kabur, kata setahun (RM 60 sebulan) tapi ada rungutan yang penulis baca, baru guna 2 minggu dah tak boleh pakai, kena topup la pulak.
Percuma apa macam itu? Rasanya macam tertipu. Sudahlah kereta proton baru pun banyak masalah sekarang ni. Tungkap tu dah biasa, kali ni katanya wiper pun problem, tengah-tengah hujan lebat, ia berhenti berfungsi, sekarang kena paksa subscribe pakej internet yang mahal pulak.
Bila dikaji-kaji, pakej data yang diberikan percuma kononnya ni, hanya sebanyak 2GB sahaja. 2GB hari ini hanya digunakan oleh golongan miskin tegar bandar, tapi itulah yang diberikan Proton kepada pelanggannya.
Caj mahal pulak tu, RM 68 sebulan (tak campur GST).
Walhal, ada banyak lagi pakej yang lebih menarik dalam pasaran tapi kenapa pakej YES 4G ini juga yang jadi pilihan Proton? Ada penyedia perkhidmatan lain yang menawarkan pakej lagi menarik dari iru, contohnya RM 68 boleh dapat 7GB data (waktu puncak) dengan U-Mobile.
Rupanya ini satu cara Mahathir menjaga kroninya. Kaitannya mudah saja, Mahathir Pengerusi Proton dan YTL yang memiliki YES 4G adalah kroni Mahathir zaman berzaman. Mahathir nak tolong kroninya, rakyat yang beli kereta proton baru pulak jadi mangsa. Tak adil sungguh..
Entah apa istimewa hubungan VT ini dengan Mahathir sampaikan dah tak berkuasa lagi pun, Mahathir memastikan kroninya itu tetap dilibatkan dalam apa cara, yang jadi mangsa ialah rakyat dan pembeli kereta proton baru khususnya.
Rasanya kalau tanpa Proton, tak siapa nak guna perkhidmatan YES 4G ini. Betul la kata orang, Mahathir dari muda sampai nak mati ini pun, masih berkhidmat untuk kroni-kroninya.
Bendakan free. Jgn nk expect lebih la. Kalo nk lebih, bayar. Proton xpaksa pon customer byr.
ReplyDelete