Saturday, August 15, 2015

Mat Said: Macam Manalah Si Bebal Ini Dapat Jadi MB Dulu


Pada yang masih tidak ingat kronologi penyingkiran Mat Said sebagai MB Terengganu dulu, biarlah penulis sinopsiskan kisahnya sekejap.

Selepas prestasi buruk BN di Terengganu pasca PRU13, Mat Said bersetuju untuk berundur dengan syarat diberikan tempoh setahun untuk menyelesaikan tugas.  Katanya, ada perjanjian bertulis ditanda tangani antara Mat Said dan Perdana Menteri.

Bila tempoh setahun sampai, Mat Said mungkir janji dan akhirnya keputusan dibuat dan Mat Said disingkirkan untuk diganti dengan Ahmad Razif.

Itu lebih kurang jalan ceritanya.

Tapi hari ini Mat Said sudah jadi macam hero.  Dia mendakwa dipecat bukan kerana prestasi buruk UMNO Terengganu dalam PRU13 tapi kerana dia membantah permintaan 1MDB untuk memajak telaga minyak di perairan negeri tersebut.

Memandangkan bukti kepada dakwaan tersebut tidak ada, maka itu Mat Said bersumpah untuk menyokong dakwaannya - seolah-olah rakyat Malaysia percaya dengan sumpah seperti itu.  Bila Saiful Bukhari bersumpah dia diliwat Anwar, separuh Malaysia ni tak percaya pun sumpah-sumpah ni semua..

Sekarang Mat Said ulang pulak.

Apa pun, persoalannya sekarang, dimana logiknya cerita itu bila kerajaan Terengganu tidak memiliki pun telaga-telaga minyak tu semua?  Ikut undang-undang, Petronas yang ada hak ke atas semua telaga tersebut, kenapa 1MDB minta kebenaran dari kerajaan Terengganu pulak - kalau betullah wujud permintaan yang macam itu.

Belum tanya lagi dengan apa cara 1MDB terlibat bila tak satu pun cabang perniagaan 1MDB ada melibatkan carigali minyak?

Mat Said perlu jawablah semua ini, kalau boleh.  Lagipun, siapa nak percaya cakap orang yang bila dibuang jawatan,ugut nak keluar UMNO untuk sokong pembangkang dan wujud kerajaaan negeri baru dengan dia sebagai Menteri Besar?

1 comment:

  1. Entahlah manusia seperti ini mcm tak tahu rukun iman pulak,bila Allah nak ambil kedudukan kita maka kita terima ajelah.mcm nilah, PM Najib sebagai contoh,berbagai pihak menfitnah ,mengadu domba serta membuat cerita yang bukan 2 demi menjatuhkan beliau.Tapi Allah tak izin PM Najib masih kekal.Mcm tu juga Mat Said kalau Allah tak izin ,mesti kamu tak dipecat dan masih kekal tapi Allah izinkan buatlah mcm mana pun,kedudukan kamu dah tak ada .dah hilang .sepatutnya kamu bersyukur pernah merasa menjadi MB terengganu bukan mcm Anwar sampai sekarang terkilan nak jadi PM .

    ReplyDelete