Saturday, August 29, 2015

Istana Kedah Mahu Mukhriz Dipecat Sebagai MB?

 
 
Desas desus yang mengatakan Datuk Seri Mukhriz tidak sempat menghabiskan penggal pemerintahan beliau berikutan rasa kurang senang rakyat Kedah terhadap corak pemerintahan beliau bukanlah satu perkara yang pelik.
 

Ia ekoran dari tindakan Mukhriz yang lebih banyak melancarkan dan mengumumkan projek pembangunan berbanding melaksanakan janji dan manifesto pilihanraya umum yang lalu.

Malah ada dikalangan warga Kedah yang marah, mula mengelarkan Mukhriz sebagai MB Kedah Darul Umum.

Malah tindakan dan kenyataan Mukhriz yang sering menentang arus juga dikatakan antara punca yang mengatakan beliau perlu digugurkan.

Namun apa yang memeranjatkan apabila, ada sumber mengatakan pihak Istana Kedah sudah tidak sebulu dengan pentadbiran Mukhriz.

Ini kerana, beliau bukan sahaja dilihat lemah malah tindakan keluarganya yang memilih untuk menetap di Kuala Lumpur berbanding tinggal di Kedah sehingga menyukarkan urusan pentadbiran negeri dikatakan antara alasan utama untuk menyingkirkan beliau.

Pihak istana dikatakan mula mendesak agar Najib segera menyingkirkan Mukhriz dari pentadbiran negeri.
 
Atas sebab itu kerusi Menteri Besar Kedah dikataka akan beralih tangan pada 1 Oktober yang akan datang. 
 
Andai perkhabaran ini benar, dua nama yang disebut-sebut menggantikan beliau adalah Datuk Seri Ahmad Badshah yang merupakan ADUN Bakar Bata dan ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin. 
 
Dua nama ini dikatakan antara paling disenanggi oleh Istana Darul Aman dan rakyat Negeri Kedah amnya.

No comments:

Post a Comment