Saturday, August 8, 2015

Cakap Macam Tak Terkilan Tapi Bunyi Macam Orang Gila Talak


Kata Muhyidin Yassin dalam perasmian mesyuarat bahagian Pagoh hari ini, dia tidak terkilan digugurkan dari kabinet, katanya itu kuasa Allah swt dan dia menerimanya.

Tapi setakat itu sajalah nampak jujurnya Muhyiddin.

Baki ucapan selepas itu  penuh dengan ayat-ayat yang membawa maksud tidak puas hati kerana digugurkan, siap isytihar tidak akan meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO - seolah-olah ada usaha oleh Perdana Menteri nak membuang dia dari UMNO.

Macam ayat orang gila talak lah senang kata.  "Saya redha kena cerai, dah memang takdir jodoh saya dengan dia sampai sini tapi jantan tu memang tak berguna, bukan ada tanggungjawan" - contoh macam inilah supaya senang faham.

Kepada Muhyiddin penulis nak cakap, jangan bimbang, Najib bukan jahat macam itu.  Melalak di luar kabinet dengan melalak dalam kabinet adalah 2 perkara berbeza.  Tak siapa nak bagi perhatian kalau Timbalan Presiden UMNO bercakap tapi semua mata terbukak kalau Timbalan Perdana Menteri bercakap.

Najib yang penulis lihat, tidak masalah untuk mengendalikan seorang Timbalan Presiden UMNO yang bukan Timbalan Perdana Menteri kerana beliau pernah melihat ini berlaku ketika era pemerintahan Mahathir dulu; dalam kes membabitkan Tun Musa  Hitam.

Oleh yang demikian, kalau Muhyiddin taknak letak jawatan, bukan isu besar pada Najib, beliau dah ada pengalaman melihat perkara itu berlaku.

1 comment:

  1. Yalah.cakap depan bos lain ,cakap belakang bos lain pulak,itu perangai sangat2 tak elok kerana sebagai TPM apa cakap bos kena sokong melainkan kalau bos tu suruh kita murtad ke ,roboh kan masjid ke atau menjatuhkan aib orang.tu baru kita bangkang ,

    ReplyDelete