Wednesday, May 2, 2018

Hari-Hari Mahathir Menipu Sekarang, Tak Ingat Mati Ke?



Boleh kata sejak kempen PRU14 secara rasmi bermula, hari-hari kita dengar ada saja penipuan yang dilakukan Mahathir.

Contohnya, sehari sebelum penamaan calon, Mahathir mengatakan jet peribadinya cuba disabotaj - kenyataan yang bukan saja dinafikan pihak berkuasa penerbangan CAAM, malah pemilik jet itu sendiri pun.

Semalam, anak Mahathir pulak mendakwa permit mendarat Mahathir di Langkawi tidak diberikan - turut dinafikan oleh pihak berkuasa penerbangan pulau tersebut.

Hari ini Mahathir mendakwa, kastam dan Imigresen memeriksanya ketika sampai di Terengganu - dakwaan yang turut dinafikan Ketua Pengarah Imigresen. 

Menariknya, untuk dakwaan ini ramai mendakwa itu adalah strategi preemptive supaya pihak berkuasa tidak memeriksa bagasi rombongannya sebab dikatakan dia ke hulu ke hilir membawa dedak untuk diagih-agihkan.

Rakyat semua harus menganggap apa sahaja yang Mahathir sebut ini ialah sandiwar dan drama lakonan dia semata-mata untuk mendapatkan undi simpati.

No comments:

Post a Comment