Saturday, July 1, 2017

Bagaimana Kalau Mahathir Tak Balik Dari London?


Hari in genap seminggu sejak Mahathir meninggalkan Malaysia untuk melawat anak-anak dan cucu-cucunya yang konon tidak boleh balik beraya di London.

Tak boleh balik Malaysia tapi semua sekali angkut (termasuk yang menetap di Malaysia) pergi London beraya?  Siapa bodoh saja percaya tu?  Gaya hidup macam ini kalau dikaitkan dengan keluarga diraja Arab, boleh faham. ini Mahathir, kononnya marhaen dan sebagainya.

Apapun, lepas genap seminggu ni, sudah ramai bimbang Mahathir tidak akan balik untuk berhadapan dengan RCI Forex yang bakal berlangsung tidak lagi.  Difahamkan ada saksi yang nampak ketika nak pergi, Mahathir bawa beg yang luar biasa banyak, seolah nak menetap terus.

Dia update blog pun dari London saja sekarang, menguatkan lagi kebimbangan itu.

Sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan dengan bagaimana cara Mahathir mesti balik dan berhadapan dengan suruhanjaya diraja tersebut - kalau betullah dia tak balik.  Ini persoalan beratus billion wang rakyat dalam pertaruhan, bukan kecil anak punya hal.

Ada orang perlu masuk penjara kerana perkara ini, tak boleh dibiarkan begitu saja.

No comments:

Post a Comment