Monday, July 3, 2017

Mahathir Memaafkan Bila Dia Yg Sepatutnya Minta Maaf


Sejak menyokong Pakatan aka menjilat kembali ludahnya sendiri, ramai orang bercakap tentang Mahathir, majoritinya buruk dan tidak baik.  Bukan salah yang bercakap pun, tapi ia adalah puncanya dari Mahathir sendiri.

Dia yang berpuluh tahun ajak rakyat jangan sokong Pembangkang demi agama bangsa dan negara kononnya, tapi bila kerajaan BN hari ini tidak menyebelahinya, dia mahu rakyat sokong pembangkang pulak, apa gila macam itu?

Tak hairan ramai cakap buruk pasal Mahathir kerana marah diperbodohkan Mahathir selama hari ini kecuali pentaksubnya yang buta hati sama sekali.

Justeru bila Mahathir kononnya memaafkan semua pihak yang memfitnahnya sejak jadi pembangkang, tiada siapa yang terasa dimaafkan dengan kenyataan seperti itu.  Sepatutnya Mahathir yang minta maaf kerana selama hari ini mengelirukan rakyat.

Bukan sebaliknya.

Lagipun, kalau rasa difitnah, kenapa Mahathir tak saman?  Bukankah Mahathir selalu menggesa Datuk Sri Najib menyaman sesiapa yang memfitnahnya dalam isu 1MDB, bila dia kena fitnah, maaf begitu saja pulak?  Saman sajalah.

No comments:

Post a Comment