Friday, July 28, 2017

Mahathir Memang Sengaja Tak Mahu Pakatan Didaftarkan


Penolakan Pendaftar Pertubuhan ke atas cubaan untuk mendaftarkan Pakatan Harapan hari ini memang sudah dijangka.

Selain soal logo yang tidak menyebut "Pakatan", nama Harapan itu sendiri pun sudah digunakan oleh sekurang-kurangnya 2 parti politik yang lain - satu di Semenanjung dan satu lagi di Sabah.  Tapi anehnya Mahathir hanya menyebut logo saja, nama tu yang bertindih dengan parti lain, dia tak sebut.

Ramai percaya Mahathir guna strategi secara berperingkat.  Hari ini logo, esok nama pulak, lepas tu yang salah RoS, konon tak benar Pakatan di daftarkan.

Justeru, ini bermaksud Mahathir memang sengaja tidak mahu melihat Pakatan didaftarkan dan bakal menyalahkan RoS di atas kegagalan tersebut.  Modus operandinya sama saja seperti Pakatan Rakyat dulu dimana sampai ke sudah tidak didaftarkan juga dan yang disalahkan ialah RoS.

Selain bermain masa, Mahathir tau partinya akan berhadapan lebih banyak masalah kalau digandingkan dengan DAP dalam satu Pakatan.  DAP pun macam itu juga tapi sebab nak kelirukan rakyat, pura-puralah macam nak daftar sangat tapi tak boleh kerana konon RoS menghalang.


Penulis katakan sengaja sebab Mahathir ini bekas Perdana Menteri, Muhyiddin itu bekas Timbalan Perdana Menteri, apa logik kah tidak ada sesiapa boleh menasihat mereka pasal peraturan RoS mengenai logo tu?  Daftar PPBM apa takde masalah pun?

Segala macam dalam Malaysia ni Mahathir kononnya tau tapi bab logo  bakal ditolak RoS pulak tak tau?  CheguBard yang bukan sesiapa itupun awal-awal dah sebut logo ini akan ditolak RoS, macam mana Mahathir tak tau kan?

Itu yang dikatakan sengaja.  Ini semua drama nak membodohkan rakyat saja.  Mahathir kalau tak bodohkan rakyat, bukanlah Mahathir namanya.

Yang betulnya sengaja dibuatkan salah supaya Pakatan tak didaftar sampai ke sudah.

No comments:

Post a Comment