Wednesday, July 5, 2017

Gerakan Reformasi Juga Dilaporkan Di Seluruh Dunia, Mahathir Tak Malu Ke?


Mahathir bangga bila dakwaan konon duit 1MDB hilang, dilaporkan di seluruh dunia, katanya ini bukti yang memalukan negara.  Hakikatnya, tak sampai 10 buat akhbar pun buat laporan tersebut dengan separuh darinya berasal dari Amerika Syarikat sendiri.

Bumi ini ada lebih 160 negara di dalamnya.

Dakwaan siapa pun boleh buat dakwaan, yang penting bukan dakwaan tu tapi kebenaran disebaliknya.  Apatah lagi dengan berita bahawa gerakan media asing ini dibiayai oleh Mahathir sendiri.

Apa sekalipun, nak juga diingatkan Mahathir ini bahawa ketika gerakan reformasi sedang memuncak, ia turut dilaporkan di seluruh dunia.  

Skandal Forex yang melesapkan beratus billion wang negara dan kematian auditor BBMB di Hongkong juga turut dilaporkan di seluruh dunia - semua ini berlaku pada zaman Mahathir jadi Perdana Menteri, Mahathir tak rasa malu ke?


Kenapa pada zamannya (terutama ketika gerakan reformasi bermula), Mahathir mengajar rakyat supaya tidak percayakan media asing?  Sebab semua media barat melapor dan memberi sokongan kepada gerakan reformasi termasuk keganasan polis yang dikaitkan dengan arahan daripada Mahathir.

Sekarang, Mahathir pula yang mengagung agungkan media asing.

No comments:

Post a Comment