Friday, July 14, 2017

DAP Lantik Mahathir Sebagai Pengerusi Pakatan Harapan?


Ketika Pakatan memerintah Perak, DAP tidak perlu melantik orangnya sendiri sebagai Menteri Besar, sebaliknya mereka memilih Nizar dari PAS untuk mengisi jawatan itu.

Apa yang DAP perlu lakukan ialah mengawal Nizar untuk mengikut semua kehendak mereka dan melaksanakan arahan mereka.  Hasilnya, ada perkampungan cina yang mendapat hak menduduki tanah sehingga 999 tahun.

Nizar tidak ada pilihan kerana sekalipun dia Menteri Besar tapi kedudukannya ditentukan DAP yang mempunyai majoriti paling besar di kalangan 3 parti Pakatan Rakyat ketika itu.

Inilah halnya yang berlaku dalam organisasi baru Pakatan Harapan yang diumumkan Mahathir petang tadi.  Tiga jawatan tertinggi Pakatan Harapan, tidak terdapat wakil DAP sekalipun parti itu mempunyai jumlah kerusi tertinggi.
Mengambil iktibar dari pengalaman Nizar, DAP tidak perlu pun mengetuai Pakatan Harapan, tapi mereka tetap menentukan dari belakang.  Ni, silap-silap yang Mahathir dilantik jadi Pengerusi ni pun, DAP yang tentukan dulu.

Nampak gayanya macam itu.

No comments:

Post a Comment