Wednesday, August 9, 2017

PAS Sudah, Mahathir Bila Nak Jumpa Arul Kanda?



Dari dulu, dari sejak mula 1MDB ini diskandalkan Mahathir dan pembangkang, satu persoalan yang bermain di kepala rakyat ialah, kenapa Mahathir tak berjumpa sendiri dengan CEO 1MDB, Arul Kanda dan bertanya sendiri semua persoalan yang bermain di kepalanya.

Arul adalah orang yang paling tepat untuk menjawab semua persoalan Mahathir tentang 1MDB, ibarat dalam istilah perubatan, kalau 1MDB ini pesakit, Arul Kanda ialah doktor yang merawatnya.

Entah kenapa Mahathir menyalak mahu Datuk Sri Najib Tun Razak pula menjawab isu berkaitan 1MDB bila beliau tidak terlibat secara langsung dalam urusan seharian syarikat tersebut.  Najib hanya Pengerusi Lembaga Penasihat dan tidak terlibat dalam urusan 1MDB sehari-harian.


Ia adalah barisan pengurusan dan Lembaga Pengarah syarikat itu yang menjalankan semua urusan, kenapa Mahathir tidak mahu berjumpa sendiri dengan Arul Kanda dan mendapatkan penjelasan?  

Tengok macam PAS, mereka dulu sama keliru seperti Mahathir tapi setelah berjumpa sendiri Arul Kanda semalam, mereka dapat semua penjelasan malah yakin syarikat itu mampu dipulihkan dengan pelan rasionalisasi yang dirancang kerajaan untuk Arul melaksanakannya.

Nampak sangat Mahathir bukan mahukan penjelasan, dia hanya mahu mempolitikkan isu sahaja sebab nak jadi Perdana Menteri semula.

No comments:

Post a Comment