Friday, August 18, 2017

Tukar Panel RCI: Apa Yang Mahathir Cuba Hide Kan?


Hujung-hujung ini Mahathir suka mempamerkan dirinya sebagai seorang yang terbuka.  Terbuka untuk disoal, terbuka untuk disiasat, terbuka untuk segalanya.  

Bagaimanapun, keadaan tidak jadi seperti yang Mahathir inginkan kerana dia bukanlah terbuka manapun, tertutup, berahsia dan sorok selagi boleh, sudah menjadi amalan Mahathir zaman berzaman.

Tidak ada siapa yang mampu mengubah keadaan itu - sudah jadi darah daging.

Sebab itu jangan hairan kenapa setelah program Nothing To Hide 2.0, medan dimana Mahathir sepatut membuktikan keterbukaannya diadakan, rakyat masih tidak jelas tentang banyak perkara.  Memali, Anwar dan sebagainya, waima 1MDB pun rakyat masih tidak jelas, apa dia dari sudut pandang Mahathir?

Mahathir tak menjawab soalan atau menunjukkan minat untuk mendengar soalan lain dari 1MDB dan derma RM 2.6 billion dalam program dimana dia sepatutnya jadi terbuka, rakyat nak faham macam mana?

Tidak setakat itu, tindakan Mahathir mencabar keahlian Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal Forexnya, menambah keyakinan rakyat bahawa ada banyak yang mahu disuruhkan Mahathir dalam perkara ini 

Ia adalah Mahathir sebenarnya yang tidak terbuka, bukan Datuk Sri Najib Tun Razak.  Tidak seperti Mahathir, Najib merelakan dirinya disiasat SPRM dan terbukti tidak ada kesalahan yang boleh dikaitkan ke atas beliau

No comments:

Post a Comment