Wednesday, August 30, 2017

Puluh BIllion Hilang Dalam Skandal Forex & Mahathir Kata Biasalah? Memanglah, Bukan Duit Dia Tapi Rakyat!!


Seorang saksi dalam prosiding skandal Forex hari ini mendedahkan bahawa Mahathir kelihatan normal bila diberitahu tentang berpuluh billion wang negara yang hilang dalam skandal Forex era 90an dulu.

Apa gila berpuluh billion hilang dan Mahathir boleh buat bodoh?

Berbeza dalam kes 1MDB bila Mahathir mendakwa berlaku kehilangan wang yang besar dan dia pergi merata negara bercakap mengenainya seolah dia begitu kisahkan dengan 'wang negara' yang kononnya hilang.

Kita semua tahu sekarang tidak ada wang 1MDB yang hilang tapi Mahathir masih tidak berhenti mengulang cerita bohong itu padahal bila lebih besar jumlahnya wang rakyat yang hilang dalam skandal Forex ketika dia masih Perdana Menteri, boleh buat muka normal saja Mahathir ni.

Nampak sangat bukan Mahathir peduli apa dan berapa wang yang hilang pun, tapi sebab ada kepentingan politik kepadanya maka Mahathir buat-buat 'kisah'seperti yang didakwanya berlaku dalam 1MDB.

Anyway, dalam kes Forex tu bukan duit dia pun yang lesapkan tapi duit rakyat.  Ada Mahathir kisah?

No comments:

Post a Comment