Monday, August 7, 2017

Arah Polis, Salahguna ISA - Mahathir Perlu Jawab Atau Saman Kalau Tidak Benar


Pendedahan bahawa Mahathir menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk memaksa perletakan jawatan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1998, adalah satu tuduhan yang serius.

Ini dakwaan salah guna kuasa, dakwaan sama yang menghumban Anwar ke dalam penjara selama 5 tahun.

Kalau benar dakwaan ini bermaksud Mahathir boleh dipenjarakan, kalau tidak benar, Mahathir boleh mengambil tindakan saman - mana satu pilihan Mahathir?

Apatah lagi yang buat dakwaan ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak - musuh nombor 1 Mahathir.  Inilah peluangnya Mahathir untuk menjejaskan imej Najib kalau apa yang didakwa itu tidak benar melalui proses undang-undang.

Tapi rakyat percaya dakwaan ini benar sebab sehingga sekarang Mahathir tidak langsung berbunyi mengenainya, menafikan apatah lagi.  Mungkin Mahathir masih tercari-cari pegawai polis yang disebutkan Najib itu.

Najib, seorang yang bijak, sudah tentu mempunyai bukti yang kukuh sebelum menuduh.

No comments:

Post a Comment