Saturday, August 5, 2017

Zahid Buktikan Mahathir Mudah Terluka



Sehari sudah lamanya sejak Timbalan Perdana Menteri, Datuk Sri Zahid Hamidi mendedahkan bahawa beliau mempunyai bukti dalam bentuk rakaman suara akan rancangan Mahathir untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kenyataan ini adalah sebagai tindak balas kepada tuduhan Mahathir kononnya Zahid pernah berjumpa dengannya untuk menjatuhkan Najib - 10 hari selepas dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru.

Orang gila mana yang percaya Zahid nak jatuhkan Najib hanya selepas 10 hari dilantik ke jawatan nombor 2 tinggi dalam kerajaan?

Setakat artikel ini ditulis, Mahathir belum lagi membuat sebarang kenyataan menafikan apa yang Zahid cakap. Biasanya Mahathir cepat menjawab kalau dirinya menjadi sasaran serangan pemimpin UMNO, cuma tidak dalam hal ini.

Apa pun, Zahid membuktikan bahawa Mahathir adalah seorang yang sangat  'terdedah' kalau disentuh. Dari dakwaan Kutty tempoh hari, Mahathir ternyata melakukan apa yang musuh-musuh politiknya mahu dia lakukan.

Tindak balas Mahathir ternyata mudah dijangka seperti bila dia membuat tuduhan konon Zahid ada harta RM230 juta, padahal tidak ada bukti sama sekali dan penipuan ini digagalkan tanpa Zahid perlu masuk campur pun, hanya melalui pertanyaan wartawan sahaja.

Nampak tak siapa lagi cerdik sekarang?

No comments:

Post a Comment