Wednesday, August 16, 2017

Parti Bunga Memang Sewel Pun


Muhyiddin kata hanya orang sewel saja akan sabotaj majlis sendiri - merujuk kepada kekecohan yang berlaku dalam program Nothing To hide 2.0 kelmarin..  

Kita nak jawab memang parti yang Muhyiddin tu sewel pun, tak hairan kalau sabotaj majlis sendiri. 

Nak cerita ni, kekecohan program yang tersebut - kalau betul-betul tercedera Mahathir hari tu - seperti yang digambarkan Ketua Armada tu, memang akan dapat simpati rakyatlah.   

Buktinya, takde sebiji benda asing pun menghala ke arah Mahathir bila kekecohan bermula tapi entah kenapa budak Armada kata objek tu semua memang dituju kepada Mahathir.  Jelas mereka memang dah ready dengan jawapan, tujuan untuk dapat simpati politik kalau jadi apa-apa kepada Mahathir.

Memang parti sewel lah.

Lagipun, terserlah kesewelan PPBM bila yang mula kekecohan orang lain tapi yang ditangkap mereka orang lain.  Terang-terang dalam video tu budak rambut panjang yang mula-mula baling kerusi tapi entah budak mana yang ditangkap security mereka.

Budak yang ditangkap itu pulak bercakap macam hafal skrip semasa soal siasat oleh PPBM sendiri, apa ingat kita ni semua bodoh ke?

No comments:

Post a Comment