Monday, August 21, 2017

RCI Forex: RM 31.5 Billion Yang Lesap Ni, Keturunan Siapa Nak Ganti?


Seorang saksi dalam pendengaran prosiding RCI Forex hari ini mengesahkan bahawa secara keseluruhannya Bank Negara aka rakyat Malaysia, kehilangan RM 31.5 billion dalam kerugian forex 1992.

Penulis tidak begitu arif tapi kalau nilai waktu itu RM 31.5 billion, maka nilanya pada hari ini besar kemungkinan adalah beratus-ratus billion - tidak kurang.

Tambah memeranjatkan, kerugian ini disembunyikan dalam bentuk rizab menurut Abdul Aziz Abdul Manaf yang pada waktu kejadian adalah Pengurus Akaun di Bank Negara,


Sekalipiun ini baru prosiding pertama dan semata-mata kenyataan saksi, tapi sekurang-kurangnya pada penulis sendiri, terjawablah persoalan kenapa dan bagaimana kemelesetan ekonomi negara 1997 boleh berlaku.  

RM 31.5 billion atau USD 10 billion pada waktu itu hilang dari keseluruhan USD 20 billion rizab luar negara, begitu mengesankan.

Rakyat nak tuntut dari siapa semua duit yang lesap ni?  Tunggul kayu macam mana yang jadi Perdana Menteri ketika itu sehingga membenarkan kehilangan wang yang begitu besar hilang di depan hidungnya sendiri?

Rupa-rupanya Mahathir tuduh Najib curi duit negara ini, besar kemungkinan untuk sembunyikan hakikat bahawa dialah sebenarnya yang "mencuri" wang negara.

No comments:

Post a Comment