Sunday, April 12, 2015

Selepas #PMJawab, Mahathir Akan Pura-Pura Sakit?


Kalau ikut kepada jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas fitnah tidak berasas yang dilemparkan kepada beliau oleh Mahathir, tidak ada ruang untuk Mahathir bertanya soalan lagi kerana semua nya telah diulas Perdana Menteri.

1MDB, Altantunya dan sebagainya, semua telah dijelaskan satu persatu.  Dalam kes 1MDB, audit sedang dijalankan dan dalam kes Altantunya, kes telah diputuskan di peringkat Mahkamah Persekutuan, apa persoalan sila rujuk disitu.

Motif? Penjenayah tidak perlu motif dan ketika melakukan jenayah itu, Sirul dan Azilah bukan anggota polis tapi penjenayah.  Ramai tahanan yang mati semasa berada dalam lokap polis, adakah anggota terlibat yang melakukan kesalahan itu diarah untuk membunuh? Kalau tidak, dimana wujud persoalan motif?

Semudah itu.

Maka tidak hairanlah kenapa penulis mendapat laporan Mahathir akan berpura-pura sakit selepas ini. Berpura-pura sakit ini bukan sukar sangat untuk orang tua pada usia 90 tahun macam Mahathir, maklum sahajalah, faktor usia.
Tujuannya tu untuk dapat simpati selepas 'dibelasah' oleh Najib. Baru Mahathir sedar siapa dia, hanya rakyat biasa, Najib itu Perdana Menteri yang berkuasa. Perdana Menteri dan Presiden UMNO perlu menjawab kepada rakyat dan ahli parti, bukan individu.

Rakyat cuma mahu tahu sekarang agenda disebalik tindakan Mahathir membelasah Najib atas isu yang tidak ada kaitan sama sekali dengan perkara yang ditegur. Ini yang kita mahu tahu.  Ingat, Mahathir tidak melantik Najib tapi rakyat,

No comments:

Post a Comment