Setelah pelbagai dakwaan mengenai Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini tidak mendapat perhatian, guna surat layang hantar pada semua ketua cawangan pun tak berkesan, Mahathir hari ini menulis tentang Altantunya pula (disamping 1MDB dan isu-isu lapuk yang lain).
Ini nampaknya memang sengaja nak mencuit Najib untuk memberi perhatian kepadanya, sebab itu dibangkitkan isu-isu yang sama ada sudah dijawab, dalam siasatan/audit atau sudah dibawa ke Mahkamah dan diputuskan pengadilannya.
Cakap pasal Altantunya, mungkinkah Mahathir tahu apa yang kita semua tidak tahu? Sebab Sirul yang melarikan diri pun tidak pernah mengatakan dia diarah sesiapa untuk membunuh Altantunya, ibunya yang cakap tu (diarah membunuh Altantunya), bukan Sirul.
PAS menjejak Sirul sampai ke Australia pun tak dapat pengakuan yang mengatakan pembunuhan itu dilakukan kerana diarah sesiapa.
Itu sahaja membuktikan bahawa Mahathir seorang yang nyanyuk dan tidak peka dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Sekalipun diakhir para artikel itu dia mengaku tidak nyanyuk, tapi nyanyuk ni macam orang berak tengah jalan, siapa yang nak mengaku pun.
Datuk Seri Najib harus bersabar dengan karenah orang tua ini. Orang nak mati memang begitu, suka membangkitkan kemarahan orang lain terhadap dirinya, ini memang biasa. Lagipun kejadian seperti ini bukan perkara baru, 2 bekas Perdana Menteri sebelum Mahathir pun mati di luar UMNO dengan menjadi penasihat Semangat 46.
Kalau Mahathir mengikut jejak langkah yang sama, itu tidak begitu mengejutkan.
Atau mungkin kita patut melihat semula kes Memali 1985 dimana dalam kejadian tersebut, 19 nyawa melayang (5 anggota polis, 14 pengikut Ibrahim Libya).
Selama berpuluh tahun rakyat percaya Mahathir berada di luar negara ketika kejadian itu berlaku bila sebenarnya dia berada di dalam negara dan hanya berlepas ke China sehari selepas kejadian tersebut. Perkara ini didedahkan sendiri oleh Timbalannya pada ketika itu, Tun Musa Hitam.
Kenapa Mahathir cuba menafikan dia berada dalam negara pada ketika itu tidak sukar ditelah. Nampak sangat dia mahu mengelak dari sebarang kebertanggungjawaban atas kejadian tersebut sebab itu berpuluh tahun kita rakyat Malaysia ditipunya.
No comments:
Post a Comment