Mungkin ramai perasan yang sebenarnya tidak ada kaitan langsung antara tulisan Mahathir dalam blognya mengenai 1MDB dan Sirul Azhar, dengan permintaan dibelakang tabir agar Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan jambatan bengkok serta menamatkan BR1M.
Benar, ia tidak ada kaitan sebab begitulah cara Mahathir - ugut.
Dalam soal 1MDB, selain tidak dibangkitkan dalam perjumpaan dengan Najib, pengurusan kanan 1MDB sendiri pun telah berjumpa dengan Mahathir untuk menjelaskan beberapa perkara yang dia sengaja tidak mahu faham.
Sepatutnya tidak ada sebab kenapa Mahathir perlu membangkitkan lagi isu 1MDB ini kerana dia sendiri telah berjumpa dengan pengurusan 1MDB. Duit duduk mana, duit dibelanjakan untuk apa, kenapa Cayman dan sebagainya, semuanya boleh ditanya sewaktu perjumpaan tersebut.
Tapi ia tetap dibangkitkan kerana Mahathir mahu tunjuk kepada Najib apa jadi bila Najib enggan mendengar cakapnya. Cara dia memang macam itu. 22 tahun jadi Perdana Menteri, Mahathir sengaja biarkan rasuah berleluasa di kalangan pemimpin UMNO kerana dengan cara itu dia boleh pegang 'telur' mereka.
Ambil contoh Anwar. Tahu meliwat tahun 1993, tapi ambil tindakan hanya pada tahun 1998. Kenapa? Sebab masa tahu 1993, Anwar tidak menentang Mahathir, tapi lain ceritanya pada tahun 1998 bila Anwar cuba mengancam kedudukan Mahathir.
Selepas itu semua benda pun keluar. Silap Mahathir, dia dah benarkan Anwar terlalu bermaharajalela sehingga bila dipecat kerana dakwaan meliwat pun, Mahathir gagal menyakinkan rakyat Malaysia untuk mempercayai dakwaan tersebut sebab Anwar sudah terlalu kuat.
Musa Hitam dalam isu Memali pun sama, terkena juga. Berpuluh tahun rakyat diperdaya bahawa Mahathir berada di China ketika kejadian tersebut berlaku, rupanya dia berada dalam negara dan tidak menghalang serangan dari dilancarkan.
Kenapa? Sebab senang Mahathir nak ugut Musa di kemudian hari kalau tak letak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO.
Itulah Mahathir yang ramai orang tak tahu, kaki ugut.
No comments:
Post a Comment