Setelah Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kejutan dengan tampil menjawab semua persoalan yang dibangkitkan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad malam tadi, rakyat menantikan apakah yang akan berlaku selepas ini.
Yang nyata, Mahathir tidak akan berdiam diri, egonya bila dilihat sebagai 'rakyat biasa' oleh Najib, pasti dibalas, cara balas tu saja nak tahu, tanya soalan lagikah, buat-buat bodoh kah atau bagaimana?
Mahathir, tau sajalah, bukan boleh orang pandang kecil pada dia sikit, mesti nak membalas. Dia ingat dunia ini dia yang punya agaknya.
Atau mungkinkah selepas ini seorang lagi bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah pulak tanya soalan dan sekali lagi Perdana Menteri terpaksa menjawab dan Perdana Menteri terpaksa menjawab lagi?
Tak jawab tak boleh sebab kalau ikut prinsip keadilan, satu bekas tanya dan dijawab, satu bekas lagi kalau tanya pun, mesti nak kena jawab juga. Persoalannya, kalau jadi macam itu, bila nak habis?
Seolah-olahnya Perdana Menteri Malaysia ini ialah kaunter pertanyaan dan kaunter lempar tuduhan (dalam bentuk pertanyaan). Ini tak berlaku zaman Mahathir jadi Perdana Menteri tapi nak dilihat berlaku zaman Najib hari ini, tak betul tu.
Dah jawab ni sekali dahla, nak panjang apa-apa lagi?
Penulis bagaimanapun tetap menunggu apa respon Mahathir selepas ini. Semalam sebetulnya ada 2 kejuta yang Mahathir tidak sangka. Pertama bila harapannya, Muhyiddin umum sokong kepimpinan Perdana Menteri dan kedua bila Perdana Menteri sendiri menjawab.
Ini sudah tentu mengecewakan Mahathir, yang Mahathir tak tahu, Muhyiddin bukan bodoh untuk ambil alih jawatan Perdana Menteri dan terpaksa menurut setiap kehendak Mahathir dan orang-orang dibelakangnya.
Atau jika enggan, kitaran serupa yang dialami Najib hari ini akan berlaku kepadanya pula.
No comments:
Post a Comment