Monday, April 20, 2015

Najib Dah Siapkan Landasan Berkembar, Minta Sesiapa Bisik Ke Telinga


MERUJUK kepada para 3 atau 4 (tak berapa penting) tulisan seorang negarawan mengenai pembatalan landasan berkembar  ke Padang Besar, sukacita dimaklumkan bahawa pembinaan tersebut telah pun selesai dengan ujian menggunakan tren jenis ETS sedang dijalankan. 

Jika semua lancar, mulai tahun depan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar akan bermula dengan mengambil masa hanya 4 jam (5 perhentian) di landasan tersebut.

Berita tentang siapnya landasan ini telah pun ditulis sejak 2014 - 2 tahun sebelum ini.

Maka itu agak mengelirukan bila dakwaan projek tersebut dihentikan dan negara rugi berbilion ringgit kerananya, masih dimainkan bila mana projek itu sebenarnya telah pun siap dan menanti untuk digunakan saja.  Kontraktor yang mendapat projek itu (kroni negarawan yang berkenaan) telah pun mengaup hasilnya.


Permulaannya, penulis ingat dunia dah berputar ke tahun 2006 (tahun projek itu dibatalkan), seronoklah boleh betulkan apa yang tidak betul sepanjang tempoh tersebut dalam hidup penulis, rupanya ia hanya imiginasi negarawan yang berkenaan sahaja, dengan penulis sekali ikut tidak betul jadinya.

Inilah yang dikatakan sindrom hilang ingatan, tanda-tanda awal nyanyuklah tu.  Dulu  bila dia mula merapu, kita cakap mereka tak percaya, sekarang lihatlah sendiri bukti depan mata.

Gila seorang tak apa, ini orang lain pun terkait sekali.

1 comment:

  1. baca balik betul2.. tun kata projek asal dari Johor Bharu ke Padang Besar bernilai hanya 14 Billion dan patut siap sepenuhnya 2010... tapi yang dibuat kini hanya dari KL ke Padang Besar dan memakan 12 billion.. tun pertikaikan hanya setengah jalan, tapi kos hampir sama dgn hujung ke hujung... tun tak bodoh mcm korg la...

    ReplyDelete