Ketiga-tiga pergerakan UMNO, Pemuda, Wanita dan Puteri, harus tampil menjelaskan kenapa pendirian untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak diperingkat pusat, tidak diikuti oleh sayap-sayap di negeri Kedah?
Adakah pendirian untuk menyokong kepimpinan Presiden parti ini tidak dibawa berbincang terlebih dahulu dengan Kedah sebelum dimuktamadkan dalam bentuk sokongan di peringkat pusat, atau macam mana?
Kalau tidak menyokong atas sebab dan alasan tidak mahu memburukkan keadaan(memandangkan Mukriz adalah anak kepada Mahathir), sekurang-kurangnya kalau diadakan perbincangan terlebih dahulu, masalah ini akan diketahui awal-awal.
Rasanya tak perlu diingatkan bahawa semua Ketua sayap di peringkat negeri adalah dipilih oleh ketua-ketua sayap juga, itu bukan jawatan demokrasi. Jadi selamat dikatakan, 'orang' ketua-ketua sayap juga.
Jadi bila mereka (ketua-ketua sayap di Kedah) berani engkar dengan enggan menyatakan sokongan terbuka terhadap kepimpinan Perdana Menteri, adakah keengkaran itu dengan restu dari ketua-ketua sayap ini tadi?
Sila jelaskan.
No comments:
Post a Comment