Friday, April 10, 2015
Oleh: Rakyat Marhaen
Pasti ramai yang sedang ketawa apabila menbaca komen terbaru bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin mengenai krisis serangan Tun Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Ini kerana, bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik sejak zaman Tun Mahathir hingga sekarang pasti mengenali makhluk yang bernama Daim Zainuddin ini.
Mungkin betul, kepimpinan Najib ada cacat celanya, namun Daim adalah makhluk yang paling tidak layak untuk memberikan komen mengenainya.
Malah perkara itu pernah beberapa kali dibangkitkan beberapa kali oleh Anwar Ibrahim yang menyifatkan Daim sebagai Menteri kabinet paling rasuah kerana menggunakan proksi di luar negara untuk membina empayar perniagaan.
"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.
"Lepas jadi Menteri Mewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi," kata Anwar suatu ketika dahulu.
Kata Anwar pada amalan korupsi yang dilakukan Tun Daim wajar didedahkan untuk mengelakkan rakyat daripada terus diperbodohkan.
"Kalau kamu buat ‘open study’ (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini" ujarnya lagi.
Paling menarik sebaik sahaja Daim tidak menjawat Bendahari Umno, kewangan di ibu pejabat habis 'kering kontang'.
Disebabkan itu, Umno tidak mampu untuk membayar gaji kakitangan selama hampir enam bulan.
Kepimpinan baru yang mengambil alih tanggungjawab selepas Daim terpaksa menagih simpati mencari sumber kewangan bagi memastikan nasib kakitangan ibu pejabat dibela.
Buat Daim Zainuddin, hentikanlah berlagak alim di sebalik 'topeng syaitan' dan terus memperbodohkan masyarakat.
Kalau zaman dahulu, pendekatan sebegitu mungkin berjaya menipu ramai orang, namun rakyat sudah makin cerdik dan tidak akan tertipu lagi.
'RAKYAT TIDAK AKAN LUPA LAGI'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment