Mungkin ada sebab kenapa Tuhan jadikan Mahathir seorang doktor, bukan Hakim kerana dia terbukti gagal dari segi menjalankan keadilan seperti yang dituntut agama.
Dalam soal 1MDB 'menggelapkan' wang negara ini sahaja, sudah Mahathir beberapa kali menukar zikir angkanya. Dari yang bertajuk RM 42 billion, kepada RM 27 billion dan Sabtu lepas Mahathir kembali kepada angkaRM 42 billion.
Setiap kali angka itu berubah, setiap kali itu juga wirid orang-orang yang mengangkatnya bak dewa, ikut bertukar mengikut angka baru yang disebutkan Mahathir. Bukti, fakta, dokumen, tak payahlah, apa cakap Mahathir saja.
Hairan kenapa di kalangan yang menyokongnya, tak ada seorang pun yang berani menanyakan apa sudah jadi dan kenapa dakwaan itu berubah beberapa kali? Mungkin takut Mahathir diserang sakit jantung dan mati.
Apa pun, inilah yang diajarkan Mahathir kepada para pengikutnya. Sebab itu dalam banyak hal, bila tak boleh nak lawan hujah, pengikut Mahathir kembali menjadi seperti penyokong pembangkang - maki hamun dan carut.
No comments:
Post a Comment