Friday, April 17, 2015

Titah Sultan Pahang, Ada Artis Merah Muka?


Bila Mahathir mula main kad simpati untuk dapat sokongan rakyat dalam soal dia menyerang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, adalah beberapa orang dari golongan artis ini yang cuba tunjuk pandai (walaupun tidak faham permainan politik Mahathir) dengan memberikan sokongan kepadanya.

Sokongan terbuka dalam akaun media sosial milik artis yang berkenaan, turut menarik simpati yang sama di kalangan peminatnya sehingga ternampak macam Datuk Seri Najib ini pulak yang menzalimi Mahathir, walhal sebaliknya.

Tapi bila Sultan Pahang sendiri bertitah meminta rakyat (terutama rakyat Pahang) menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, apakah agaknya respon artis yang betul-betul termasuk dalam skop titah berkenaan?

Sebetulnya, titah Tuanku itu memang tepat pada masanya, terutama dalam keadaan sekarang dimana sokongan kepada Mahathir dari kelompok artis tertentu diberikan secara melulu, tanpa memahami latar belakang yang sebenar.

Penulis percaya Tuanku Sultan Pahang tidak berminat dengan politik, tapi meminta rakyat Pahang mematuhi ajaran Islam iaitu taat kepada pemimpin dengan meminta diberikan sokongan kepada kepimpinan semasa.

Untuk golongan artis yang terburu-buru memberikan sokongan mereka kepada Mahathir ini penulis nak katakan bahawa, pertimbangkanlah agenda di sebalik tindakan Mahathir mengkritik Datuk Seri Najib ini sebelum memberikan sokongan.

Yang nyata, ia bukanlah berkaitan sama sekali dengan agama bangsa dan negara.  Orang bodoh saja percaya itu.

Memang seronok dapat kondem pemimpin semasa ni, samalah macam Mahathir jadi Perdana Menteri dulu, siapa yang sokong dia sangat pun?  Penyakit taksub jadi anti establishment ini pun bermula zaman Mahathir jadi Perdana Menteri, dan Datuk Seri Najib mewarisi tinggalan Mahathir dulu.

No comments:

Post a Comment