Wednesday, April 29, 2015

Sejak Bila Mahathir Jadi Penilai Hartanah Bertauliah?


Di kalangan penyembah Mahathir kini, mula bertanyakan tentang dakwaan orang tua itu Sabtu minggu lepas  bahawa kerajaan menjual tanah di Sungai Besi pada kadar RM 90 sekaki persegi berbanding nilai sebenarnya RM 2000 sekaki persegi kepada 1MDB.

Sudah tentulah dakwaan ini hanya dalam bentuk air liur sahaja, tidak ada dokumen atau apa bahan bukti yang lain dikemukakan.  Ini boleh dilakukan kerana penyokong Mahathir sama seperti penyokong Anwar juga, terima tanpa bantah cakap pemimpin, tak perlu bukti sama sekali.

Lagipun sejak bila yang Mahathir ini jadi jurunilai hartanah bertauliah sehingga dia dengan yakin mengatakan tanah yang nak dibuat Bandar Malaysia itu sepatutnya bernilai RM 2000 sekaki persegi?  Mahathir doktor, bukan penilai hartanah.

Wah, kalau semua benda pun dia boleh dan kelihatan hebat, tak layak Mahathir ni dipanggil manusia.  Patut panggil dewa atau apa yang setaraf macam itu dan sememangnya penyokong Mahathir dah nampak dia tu macam manusia yang patut disembah pun.
Bagaimanapun penulis tidak nampak apa masalahnya sekalipun kalau benar kerajaan menjual tapak tanah yang sekarang menempatkan Pengakalan Udara Sungai Besi itu dengan harga murah kepada 1MDB.  

Tanah itu nak dibangunkan dengan perumahan rakyat 1Malaysia - 10,000 unit rumah akan dibina untuk golongan berpendapatan sederhana rendah. Kalau jual ikut harga Mahathir (RM 2000/sqt), berapa harga rumah itu nanti nak dijual?

Dan mampukah golongan berpendapat sederhana rendah nak memilikinya nanti?  Itu kalau betul seperti dakwaan Mahathir, masalahnya sekarang itupun (dakwaan) belum tentu betul, sekalipun betul, dah ada justifikasinya.

Jadi berhentilah mempercayai semua yang keluar dari mulut Mahathir.  Dia bukan lagi dan tak akan lagi jadi Perdana Menteri.  Yang menyokong dia ni pun hanyalah jenis manusia yang nak cari jalan hentam kerajaan saja (penyokong pembangkanglah tu).






No comments:

Post a Comment