Tuesday, April 28, 2015

Daim Bawa Lari Saham RM800 Juta Milik Umno



Dalam perhimpunan agung UMNO dia diberi jolokan ,"PM paling agung,juru cakap Dunia Ketiga,pemimpin yang menjadi contoh kepada dunia,arkitek pemodenan Malaysia" dan macam-macam lagi yang kita dengar sehingga pak cik makcik  yang tahu toreh getah dan tanam padi pun naik bangga.

Ketika Anwar Ibrahim membuat keputusan mahu menyiasat kes Perwaja,termasuk Eric Chia ,membuat beberapa orang terasa gerun antaranya Mahathir sendiri kerana pada masa itu dialah baju besi Eric Chia.


Mahathir bangga  apabila ramai menyebut-nyebut kejayaannya meminda Perlembangaan untuk mengurangkan kuasa raja-raja, malah begitu angkuh dengan kejayaan memecat Tun Salleh Abbas.

Tidak siapa tahu semasa Mahathir perdana menteri,beliau memang merancang untuk keagungan namanya selepas tidak lagi memikul tanggung jawab sebagai seorang perdana menteri.

Jadi, tidak hairanlah,beberapa tahun sebelum Mahathir letak jawatan,dia tidak sabar-sabar hendak menyiapkan projek-projeknya yang bakal menjadi tugu-tugu kekuasaannya.

Oleh itu,semua yang ter-ter di Malaysia lahir dimasa dia perdana menteri,sedar atau tidak itu semua hanya demi sebuah nama ketika usia layak jaga cucu dan cicit.

Sebelum ini umumnya tahu Malaysia ada satu Tugu Negara ,tahukah anda Mahathir ada lebih daripada 1 tugu keagungan atas dasar membangun dan memodenkan negara,padahal Mahathir tahu rakyat akan lihat segala yang ter-ter mega di Malaysia atas rupa beliau dan sekalis gus namanya di puja sang fanatik.

Pada waktu itu tak ramai yang terfikir bahawa itu semua akan jadi sebagai tugu kuasa Mahathir selepas pencen.

Rakyat pula sekadar bangga dengan projek mega dan ada perdana menteri seperti Mahathir,namun untuk merasa secara terus memang jangan haraplah.

Pemberian BR1M  kepada rakyat di tentang habis-habisan oleh Mahathir,pada beliau rakyat hanya layak dibantu RM20 sebulan.

Bagi orang kampung hanya sekilo gula dan sehelai kain pada musim kempen pilihan raya umum atau kecil,pada musim padi dapatlah baca cap dacing ,selepas itu hanya dengar nama kroni Mahathir kaya raya,mereka dah seronok dah.

Pendek kata,rakyat Malaysia pada waktu  itu, jika Mahathir kentut busuk pun mereka tepuk tangan.

Satu ketika Mahathir hendak menggunakan peraturan tanpa-bertanding bagi pemilihan peringkat bahagian, kerana itulah cara dia hendak menggagalkan dari awal-awal lagi sebarang kemungkinan dia dicabar sebagai presiden.adakah rakyat tahu hal ini?

Diberitakan Anwar Ibrahim pernah melaporkan kepada Mahathir perbuatan-perbuatan rasuah yang Anwar  dapat kesan.

Anwar sampaikan kepada Mahathir  laporan yang mendakwa Daim membawa keluar negara wang tunai sebanyak antara RM700 juta hingga RM1 bilion.

Menurut sumber lagi,Mahathir memang tahu hal itu dan  cubaan Daim  melarikan saham-saham milik UMNO yang bernilai RM800 juta.

Mahathir memberitahu kepada Anwar , dia akan bercakap sendiri dengan Daim berkenaan hal itu, tetapi sampai  Anwar dipenjara dua kali,belum ada berita  wang itu  sudah dimasukkan ke dalam akuan UMNO,kata sumber.

Kata sumber,bagaimana kes yang melibatkan Konsortium Perkapalan/ Diperdana,Mahathir mahu supaya anaknya dibayar RM2.2 bilion sebagaimana dimintanya,

Pada waktu itu Anwar Ibrahim dan Petronas terus dengan pendirian supaya jumlah itu ditetapkan oleh pakar penilai perkapalan antarabangsa dan akhirnya Petronas membayar RM1.7 bilion.

No comments:

Post a Comment