Friday, April 3, 2015

Kritikan Mahathir: Adakah Najib Dikhianati Timbalannya Sendiri?


Modus operandi Mahathir menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak sudah begitu jelas - dia sedang mencari bakal Perdana Menteri yang boleh memastikan anaknya Mukhriz menjadi Perdana Menteri yang seterusnya.

Dulu dia fikir Najib boleh diperalatkan untuk mencapai tujuan tersebut, tapi sebagai seorang yang telah terbiasa dengan pemerintahan ala kuku besi (nak apa pun dapat dengan cepat), Mahathir melihat Najib terlalu lambat dan Mukhriz sendiri pun terlalu lembab, maka inilah jalan singkat yang dia fikirkan boleh melaksanakan impian itu dengan segera ialah dengan mendesak Najib untuk meletak jawatan.

Semua orang tahu hal ini.

Bagaimanapun, bercakap tentang itu (mencari bakal Perdana Menteri yang boleh diperalat untuk menaikkan Mukhriz), adakah orang yang Mahathir pilih ialah Timbalan Najib kini, Muhyiddin Yasin? 

Lagipun bukan rahsia yang Muhyiddin cuba mencabar Najib menggunakan isu pemansuhan Akta Hasutan dalam Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas, tapi gagal kerana Najib membuat keputusan yang tidak disangka Muhyiddin dengan mengekalkan akta tersebut.

Jika benar, maka ini adalah satu lagi ulang tayang pemecatan hampir semua Timbalan Mahathir seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar - 2 dari 3 itu berselindung di sebalik peletakan jawatan atas pelbagai alasan, yang beza kali ini, Mahathir cuba melakukannya dari luar.

Muhyiddin tidak perlu tampil menjelaskan sama ada benar dia berpakat dengan Mahathir untuk menjatuhkan Najib. 

Cuma yang penulis nak katakan, jika persepakatan itu benar-benar wujud, maka Muhyiddin perlu sedar diri bahawa dirinya hanya dipergunakan Mahathir untuk meletakkan legasinya Mukhriz di kerusi tertinggi negara. Dalam proses itu, Muhyiddin pun akan diperlakukan sama seperti mana Najib hari ini dan Pak lah sebelumnya.

1 comment:

  1. TPM akan dikambing hitam oleh Mahathir demi sebuah legasi kerana PM hari ini darah tun husin,tun razak.Mahathir rasa malu jika dia tidak berjaya menaikan anaknya sebagai TPM atau PM sedangkan dia dipuja sebagai ibnu khaldun

    ReplyDelete