Monday, April 27, 2015

Mahathir Dari Muda Sampai Tua Jadi Hamba Kroninya


Sebetulnya tidak ada alasan lain kenapa Mahathir menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu-isu seperti 1MDB dan Jambatan Bengkok melainkan alasan bisnes untuk menyelamatkan kroni-kroninya semata-mata.

Bukti, 1MDB diserang Mahathir kerana ia dilihat menganggu bisnes kroni Mahathir, YTL dan Anandha dalam bidang pengeluaran tenaga elektrik (IPP) - perniagaan lumayan yang dicipta pada zaman Mahathir melalui kontrak jangka panjang antara TNB dengan semua syarikat terbabit.

Pengambil alihan syarikat seperti Jimah Power, Tanjung dan sebagainya oleh 1MDB, pada masa hadapan mampu mengawal beban rakyat dalam membayar kos eletrik dan mengelakkan manipulasi oleh syarikat-syarikat ini kerana mereka hanya berpaksi kepada keuntungan semata-mata.

Berbanding dengan 1MDB yang dimiliki kerajaan.  Sebagai syarikat kerajaan, 1MDB sudah tentu mengambil kira kepentingan nasional dalam apa juga keputusan perniagaan yang dibuatnya.

Sementara dalam isu Jambatan Bengkok, ia menjadi antara keutamaan Mahathir kerana yang menunggu di sebelah laluan itu (kalau projek berkenaan menjadi kenyataan) adalah Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimiliki oleh kroninya zaman berzaman, Syed Mokhtar.

Tidak benar sama sekali pembinaan Jambatan Bengkok ini kerana kepentingan nasional dan nak mengatasi Singapura.  Kalau isunya nak mengatasi Singapura, Mahathir sepatutnya meneruskan projek Segenting Kra yang lebih memendekkan laluan perdagangan ke Jepun dan China berbanding membuka Tambak Johor.

Jadi usahlah Mahathir cuba mengaburi mata rakyat dengan mengatakan perjuangannya untuk menumbangkan Najib ini adalah demi rakyat dan UMNO, tidak ada maknanya, ia adalah semata-mata untuk kepentingan kroni-kroninya semata-mata.

Berikutan gerakan ini berpaksikan kepada kepentingan kroni-kroni Mahathir semata-mata, gerakan ini tidak akan berjaya berbanding beberapa gerakan menumbangkan hampir kesemua bekas Perdana Menteri (kecuali arwah Tun Razak) kerana ia tidak berpaksi kepada rakyat sama sekali.


No comments:

Post a Comment